|
sambungan cerita bengong...
Selepas berkenalan serba sedikit dengan ahli keluarga angkat, saya pun pergi berjalan serata kampung ngan geng2. apabilai pergi kerumah keluarga yang terlibat dengan program pengambilan anak angkat tersebut akan bertanya geng2 tersebut anak angkat siapa. bila sampai turn saya, saya tak tau nak jawap kerana tak sempat nak tanya nama 'abah' saya tu. Jadi saya jawab saja 'Toke Kapet'. Bila saya cakap cenggitu, tuan rumah tersebut gelakkan saya, dia kata mana ada toke kapet kat kg ni. setelah puas saya diketawakan oleh mereka, barulah diorang bagitau nama sebenar 'abah' saya dan kenapa dia dipanggil toke karpet (sbb dia rupa cam Pakistan jual kapet). Selama 3 hari berada di kampung tersebut, nama saya sentiasa diperkatakan kerana peristiwa tersebut. Saya berasa malu dan terus pakai purdah agar tidak dikenali (yg sepatutnya saya buat, tapi saya tak buat pun...acah jer..) nenek angkat saya yang sangat garang sentiasa kelihatan tidak selesa dengan kehadiran saya dirumahnya. Nasib baik la nenek rajin berjualan jadi dia tidak selalu ada dirumah. saya sentiasa memikirkan cara bagi menawan hati nenek, tapi tak dapat. pada hari terakhir berada di kg, tibalah sesi bertukar-tukar cenderahati dengan keluarga angkat. Nenek telah memberi saya sehelai tudung berwarna putih, untuk mengambil hati nenek saya telah memuji tudung pemberian nya itu yang sangat cantik an mencium tangannya semasa bersalam. nampaknya taktik saya tu berjaya tapi sayangnya hanya pada hari terakhir di kg. nenek sangat terharu (agaknya la) dengan sikap saya pada hari terakhir dan memaksa 'abah' menghantarnya ke tebing sungai untuk melihat rakit saya bertolak. Nampaknya tak sia2 usaha saya meng'jet' dirinya pada hari itu. itu jer la kot saya nak cerita, lain kali saya cerita lagi cerita yang lebih bengong...
kali terakhir diubah pada: Jul 19, 2004, 2:10
Add a comment
|