|
Menaip
Tiap kali kenkawan masuk opis saya mesti diorang nampak saya tengah menaip. Hari2 saya menaip. Sayalah jurutaip di sini. kengkawan saya pelik kerana saya menaip hari2, sedangkan jangkauan kerja kami tidak melibatkan bidang menaip. sebenarnya saya menaip kerana nak jadik kaya. saya masih menaip hari2 sambil menciplak sana-sini untuk memperbaiki buku hasil taippan saya ni. Ada orang kata jadi penaip buku di malaysia ni tak boleh carik makan. Tapi tahun lepas merasa la saya makan duit buku taippan saya. Walaupun tak banyak tapi saya puas hati. Masa kecik2 dulu saya ada bercita2 nak jadi Penulis selepas baca cerpen kat majalah atau buku antologi. Saya selalu pegi perpustaakan bergerak (dalam bas tu) untuk baca buku dan pinjam buku. Saya baca buku cerita saja, yang paling saya suka ialah antologi cerpen. Suatu hari rumah saya terbakar dan buku pinjaman saya semuanya terbakar sekali termasuklah segala harta benda mak abah saya. selepas tu saya tak berani lagi pegi ke perpustakaan bergerak. Saya takut jumpa pustakawan tu sbb masa tu saya bebudak lagi....tak tau cemana nak cerita kat dia. pas tu masa belajar saya paling malas gi perpustaan, tapi kalau terpaksa pegi....saya cuma baca buku yang bukan buku pelajaran, sebab itu saya tak pandai sampai sekarang. Buku pelajaran selalu buat saya rasa mengantuk. tapi sekarang saya tak taip buku cerita, saya tengah menaip buku TEKNOLOGI........ (yer ke?)
kali terakhir diubah pada: Jul 21, 2004, 19:27
Add a comment
|