|
Kemenangan RM300
Dah lama gak berlaku, tahun lepas rasanya. saya dan driver pegi memancing pada hari Ahad kat sebuah kolam siakap berbayar. Kebetulan pada hari tu adalah hari terakhir bagi Jackpot mingguan. sewaktu tengah menunggu ikan makan umpan (kami guna umpan ikan kembung ajer, tak guna udang pun) tetiba hujan turun dengan lebatnya, tergendala lah pemancingan sebentar. selepas hujan berhenti, saya memaksa driver memancing kembali kerana saya teringat mak saya ada cakap selepas hujan ikan kuat makan umpan. tak sampai 5 minit selepas umpan dilabuhkan, terasa sentapan halus pada kail kitorang, tali pun dilepaskan kerana menurut driver: "kasi dia makan puas2 dulu". selepas itu baru kail disentap dan tetiba melompat seekor ikan siakap yg besar la jugak, sisiknya pun kekuningan sedikit berbanding sisik ikan siakap biasa yang berwarna kekelabuan sedikit. Kemudian ikan tersebut dinaikkan dan saya pun berlari ke pusat penimbangan ikan untuk menimbang ikan tersebut. pada hari itu kamilah juara, kami dapat RM300. Pas dah penat memancing kami pun pegi makan tomyam.
kali terakhir diubah pada: Jul 23, 2004, 0:42
Add a comment
...
114338 |
Dipos oleh abdullahjones pada July 23, 2004, 18:26
|