|
Ikan siakap stim
Malam tadi saya dan driver pegi memancing di kolam siakap. dah lama btui kitorg tak pi memancing. driver cakap sampai skill dia pun dah habis ilang. kami sampai di kolam pada pukul 10.50 mlm. kolam pulak tutup pukul 1 pagi. Masa minimum dibenarkan memancing 3 jam, tapi kalau dikira dari pukul 11 cuma ada 2 jam menuju pukul satu. nasib baik la tokey tu kenal baik ngan driver, sebab driver yg mengkayakan dia selama ni (mana taknya siang malam pagi petang menderma yuran memancing kat toke). toke pun bagi kebenaran untuk driver memancing selama 2 jam. dari jauh saya perhatikan sebuah kolam kecik berhampiran kolam siakap, selalunya di situ lah saya memancing ikan2 kecik. nampak macam airnya berolak olak, mesti banyak ikan ni...tapi saya tak bawak rod lebih, acara malam tu cuma memandang driver memancing ajer la. Bila saya datang dekat ngan kolam kecik yang saya nampak cuma katak-katak kecik yg tengah berenang renang mencarik makanan. ingatkan ikan tilapia ker.....chesss selepas beli udang hidup untuk buat umpan, kami pun carik port yg baik punya untuk mancing ikan. driver pun baling2 umpan. pas tu bila nak tarik, mesin lak rosak, maklum la dah lama sangat rehat. masa dah la singkat, mesin lak buat perangai. driver pun suruh saya pegang rod dan dia pegi ke tempat parking kereta untuk amik mesin yg lain (dlm keter ada 7 mesin simpanan). tempat letak kete dah laa jauh, lama btui la saya memegang rod, nasib baik ikan tak makan umpan, kalau idak........ lepas tukar mesin baru, driver balin lagi pas tu tetiba saya tengok driver bersedia untuk menyentap joran, tiba masa yg sesuai dia pun beraksi, namun malangnya driver merntap tali orang lain rupanya. nasib baik tak gaduh. tapi hilang udang sekor yg berharga seringgit. driver sakit hati lalu dia pun tukar tempat lain yg kununnya ada ikan la.......namun masih hampa, hujan pulak tetiba turun. jam menunjukkan pukul 12.50 mlm. driver sekali lagi nak tukar tempat, saya malas nak ikut dah....pegi la kau, malas nak layan....confirm tak dapat ikan punya malam tu. akhirnya toke datang sambil naik skuter dan beri tahu kpd pemancing2 supaya balik, masa dah abis. tapi driver buat tak tau jer. mata saya dah ngantuk sangat, nak tidur dalam keter, tempat parking dekat ngan kubur Cina, driver kata nanti kene rogol ngan antu cina....gentar gak saya......terpaksalah saya bangun dan pegi panggil driver untuk balik. sewaktu lalu depan sorang pakcik ni, dia sibuk tegur saya, dia tanya ada dapat ikan ker? saya malas nak jawab sebab nyampah tak dapat ikan. tapi sebab hormat kat warga tua kan saya pun kata : "tak dapat " " tak dapat" 2 kali lagi. pas tu pakcik tu kata, saya dapat 2 ekor ni (ceh! blagak la tu). pas tu dia kata lagi...."amik la sekor", waaaa......saya malu nak amik, saya suruh driver yg amik....ekekekeke pas tu kami pun balik. driver kata, "hampehs betul la kolam ni, sekor pun tak dapat". malam tu bukan kami jer tak dapat ikan, ramai lagi pemancing lain. tapi pakcik yg sedekah ikan tu sekejap jer dah dapat 2 ekor. saya bagitau kat driver, pakcik tu dapat banyak ikan sebab dia baik hati, kalau dia nak jual ikan tu senang jer dia bleh dapat seploh duaploh ringgit, tapi dia bagi free jer. tu la, org yg pemurah ni murah rezeki kan, ala macam kalau kita ada pokok rambutan kan, kalau kita sedekahkan buahnya, mesti lepas tu nanti dia berbuah makin lebatkan. btui tak.....ekekekeke pas tu driver cakap, kalau dia kaya nanti, dia nak slalu buat kenduri dan ajak anak2 yatim makan kenduri......
kali terakhir diubah pada: Jul 27, 2004, 22:01
Add a comment
|