|
Kepala ikan terbesar di dunia
ikan yg diterima semalam belum dimasak lagi, cadangnya nak bawak balik umah mak abah ujung minggu ni. makan sorang pun bukannya habis. Pagi tadi rasa lapar. saya ajak driver gi makan nasik secara lansung terus untuk makan tghari. masa tu baru pukul 9.48 pagi, jarang ada kedai makan yg dah siap jual nasik dan lauk pauk, slalunya kedai mamak jer yg ada. driver pun meround sambil mencari kedai mamak yg ada menjual nasik. akhirnya kami berhenti di sebuah kedai mamak 24 jam. masuk ke kedai terpandang dalam pinggan bujur kari kepala ikan bersaiz XL. Teringat masa makan kat kedai mamak yg dekat ngan CM tu, tak de la sedap sangat tapi masa tu lapar kan.....cam sedap la. driver pun tidak berlengah lagi dan terus bertanya kepada mamak berapa harga kepala ikan tu. mamak bagitau RM12, dalam hati saya berkata kata murahnya, driver siap tawar menawar dengan mamak, dapat harga RM10 (murah sangat). baik btui la mamak ni. tetiba henpon driver berbunyi, driver pun pegi jauh daropada meja makan kerana kat situ bising ada lagu hisdustan. selepas driver pegi, mamak pun meletakkan kepala ikan Xl itu didepan saya. pengunjung restoran pun pandang2 kat saya membuatkan saya tidak selesa. hati saya membuat telahan...mesti diorang mengutuk saya besarnya kepala ikan, makcik ni makan sorang ke...ish ish ish dasatnya......, pada ketika itu saya berasa amat malu seperti ingin mencapai tudung saji dan menyorok dibawahnya. driver pulak bercakap punya la lama, saya asik memandangnya dan memberi jelingan maut dengan isyarat agar dia kembali semula ke meja makan dan seterusnya saya tidak akan dipandang serong lagi. mamak kedai pun asik memandang saya sebab dah lam dia hidang makanan dan saya tak makan pun, lagipun saya rasa dia terkejut tengok tahap keasidan (kemasaman) muka saya. driver masih bercakap dan tak insaf lagi. saya sudah berkira-kira untuk blah saja dari situ, sebab saya sudah naik geram. seperti dapat membaca kata hati saya driver pun cepat2 menuju ke meja. saya pun berleter selama 5 minit.....ekekekekeke...driver nampaknya insaf dan memohon maaf.... lepas berleter, saya dan driver pun makan, saya makan dengan penuh sopan santun gadis timur...ekekekeke, dan driver pulak punya la lahap macam driver bas express yg dah terlewat sampai ke destinasi. driver slalunya tak makan ikan. dia seorang miskin yg suka berlagak kaya. seperti yg sorang kawan saya selalu cakap. tapi kalau kari kepala ikan tenggiri dia boleh makan la pulak...ish...ish...mengabihkan duit boss ajer... seleps kenyang, saya pun balik ke opis dan menaip weblog.
kali terakhir diubah pada: Jul 27, 2004, 23:39
Add a comment
aikkk....ko ni tak prihatin btui...kan ader ruangan 'Biodata Sofe' tu...aiseh penat jer aku buat link...ish...ish
114899 |
Dipos oleh sofeanny pada July 28, 2004, 16:24
Awak saper ekk!!
Keje aper.. ade drebar lak tu.. Alih-alih balik opis trus menaip weblog. hish xpaham aku. daipada kepala ikan sampailah rm12 ringgit.. MMM mm xpaham aku ler... citer skit ttg diri kau...haaaa. shahirwanzz@yahoo.com
114885 |
Dipos oleh kick pada July 28, 2004, 15:37
|