|
Capati
Pagi tadi selepaS naik ke opis sekejap terus pegi sarapan kat satu kedai berdekatan opis, slalunya pegi jauh, hari ni ada majlis skit...jadi kene cepat balik. pagi tadi saya order capati, driver pulak sibuk nak beli nasik lemak di luar kedai tu, saya tengok lauk2nya nampak gelap jer warna kuahnya, nampak tak selera. driver dah banyak kali ajak saya makan kat situ. sedap sangat agaknya. tapi saya tak brapa suka sebab kat situ ada ramai orang yg kenal saya. nanti terganggu makan sebab kene senyum la dan macam2 lagi. sambil2 makan saya baca paper, ada cerita pasal helikopter yg terhempas tu. ceritanya yg agak menarik perhatian saya ialah dua anggota komando yg tidur bersama dua lagi mayat yg belum dibawa keluar. driver sibuk bagitau saya, katanya mungkin salah seorang daripada komando tersebut adalah kawannya. semua org yg masuk dalam paper tu semua kawan dia. saya pun bacakan lah berita tu kuat2 sikit dengan menambah "komando yg kawan dgn 'nama driver' telah....."...dengan tujuan memperli dia... selepas itu driver terus diam tak terkata sebab dah terkena batang hidungnya.
kali terakhir diubah pada: Jul 29, 2004, 21:57
Add a comment
|