|
Ahad
hari ni sesaja gi opis, menyiapkan keje yang tak siap. hari kerja sibuk menulis weblog, keje pun tak brapa siap. kerja sensorang ni lagi best sebenarnya. kalau waktu org lain ramai, susah nak buat kerja ader jer gangguan, nak CD la, nak itu la, nak ini la, nak mengumpat la....macam2. walaupun sibuk surf internet, menaip weblog, keje saya tetap siap sebab saya rajin datang hujung minggu. Puji diri sendiri sket. mana tau kut2 ada syarikat besar yang boleh bagi gaji besar2 nak amik jadik pekerja. saya teringat first time saya mintak kerja kilang kat Johor. penemuduganya pompuan berbangsa China yang fasih berbahasa Melayu. Soalan pertama yang dia tanya saya ialah; "You ada campur Cina ke?" Tentulah saya jawab tak de. malas nak panjang cerita. Pompuan tu pun rabun agaknya, saya ni hitam bukannya putih mulus. pas tu dia cakap lagi; "Mesti yuo ada campur Cina punya, you tak mau cerita ya" saya diam ajer, sebab datang nak mintak keje bukannya nak carik sedara. lepas tu senang2 jer saya dapat keje, pas tu dapat pulak departmen yang saya mintak. agaknya dia ingat saya ni sedara dia. tapi pekara cam tu dah biasa terjadi masa saya muda2 dulu, saya ikut mak saya gi kedai jual beg sekolah. ada sorang India ni dengan anak dia, agaknya nak beli beg sekolah jugak. India ni dengan tak segan silu datang kat saya dan tanya saya berapa harga beg sekolah yang dipegangnya. saya diam jer dan tunjuk ke arah tokeh kedai. malas nak cakap banyak sebab dah selalu sangat. satu lagi kejadian, masa lepas SPM saya keje kat satu restoran ni (saya penah citer dalam blog ni: tentang saya bergaduh ngan tokenya), ada la dua tiga orang lelaki Melayu, pakai smart jer macam org korperat.....ada sorang tu nak buat order, dia cakap ngan saya cenggini: "bagi saya aaa satu Lemon Juice besar punya, lagi aaa, kasi saya....bla...bla..." dia cakap ngan saya macam saya ni bukan org Melayu. Kawan dia yang pernah datang ke restoran sebelum tu dan kenal ngan saya bisik kat dia (supaya dia tak malu), "Dia Melayu la", pas tu org tu diam jer, malu agaknya... Orang kat Malaysia ni muka pun dah hampir sama agaknya. Walaupun hitam, asal mata sepet skit jer diorang ingat Cina, mana2 anak campuran India ngan Cina pulak diorang ingat Melayu. Jadi dengan itu marilah kita cakap bahasa Melayu saja agar semua org boleh jadi bangsa Malaysia. Merepek skit sempena nak menyambut Hari Kemerdekaan.
kali terakhir diubah pada: Aug 7, 2004, 20:10
Add a comment
|