|
lewat sket..
ari ni lewat skit mengadap ke bawah duli skrin yang dirindui....biasalah hari ni hari terakhir program tunjukcara, lepas habis, gi makan jap, nasi daging merah, pedas sangat, kembung perut ngan air... hari ni driver mula bertugas balik setelah bercuti selama 2 hari, org yang dijangka meninggal hidup balik (tersedar dari tidur yang panjang). belum sampai ajal, hari yg pertama setelah dijangka meninggal, jenazah di hatar ke hospital, bila sampai kat hospital dia tersedar balik, pas tu dikatakan meninggal, pas tu sedar balik. proses berjalan 3 kali. Pada malam kejadian, menurut laporan driver, dia telah pegi ke kedai dan membeli kain kapan, saya pesan kat driver, jgn sampai pesakit nampak pulak, nanti dia sedih, macam tak sabar2 nak tunggu dia meninggal. driver kata mulutnya dah berbuih, tapi usianya masih panjang, sampai hari ni dia masih bernafas. jadi kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab semua saudara mara si sakit pun dah pulang ke rumah masing2, termasuk la driver. sebelum ni, saya pernah juga mendengar cerita daripada kawan, neneknya bertahun-tahun terlantar, tapi masih bernafas. sanak saudara macam mengharapkan sangat yang dia meninggal cepat. salah seorang rakan sekerja pulak, hari2 bercerita tentang susah payahnya menghabiskan masa dan wang bagi menjaga bapanya yang sakit terlantar. hari2 dia bercerita sampai muak mendengarnya. kenkadang saya terfikir, dia tu nanti tak akan tua dan meninggal dunia kah? tak teringat ker, macam mana pulak nasib dia di kemudian hari. Moga2 nanti bila sampai di penghujung usia, janganlah saya sampai menyusahkan saudara mara.
kali terakhir diubah pada: Aug 10, 2004, 22:24
Add a comment
|