|
Hujan lebat
uii...sejuknya dalam opis ni, ermmm.....ujan lebat la pulak. malam tadi punya la panas. ingatkan musim kemarau hampir menjelang tapi hujan masih turun lagi.... ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.... dulu susah sangat saya nak paham apa maksud peribahasa di atas, masa bebudak dulu la. sebenarnya dari kecik lagi saya telah didedahkan dengan macam peribahasa yang susah betui nak di pahamkan oleh otak bebudak. ini semuanya kerana jasa baik mak saya. Kalau saya buat peraduan SMS dikalangan adik beradik saya, mesti mak saya dapat undian penuh jika dikatakan dia kuat bersyarah (berleter). Mak saya akan berleter menggunakan bahasa Melayu tahap tinggi, penuh dengan kiasan dan peribahasa, walaupun org yg disyarahnya itu masih di peringkat mumaiyiz (betui ke ejaan ni). Kebanyakan adik beradik saya memang score dalam mana2 peperiksaan Bahasa Melayu samada diperingkat SRP, PMR, SPm dan lenlain. Ini semua dari hasil penat lelah emak saya berleter selama ini. Tetapi, penggunaan bahasa melayu tahap tinggi dalam bidang perleteran mak saya ni juga dapat memberikan kesan buruk terutamanya mudah menimbulkan kebosanan kepada org yang di leter terutamanya saya. kenkadang saya dah boleh agak apa ayat2 yg akan keluar dari mulutnya. Peribahasa/kiasan yang sering sekali mak saya gunakan adalah " Beraja di Mata, bersultan di hati". sampai sekarang saya ingat. semenjak dua menjak ni mak saya dah kurang berleter seiring dengan pertambahan usianya. Mak saya dah beralih ke bidang menonton TV. semua cerita tak kira telenovela, drama Keluarga, Tragis daripada Filipina, Korea, Jepun,Venezuela atau darimana saja semuanya mak saya tahu. terima kasih kepada syarikat swasta mahupun kerajaan yang menyangkan semua program ini.
kali terakhir diubah pada: Aug 11, 2004, 0:55
Add a comment
tak main ahhh nengok AF, buang karen !
116571 |
Dipos oleh sofeanny pada August 11, 2004, 16:19
dah demam..?
nengok af2 tak? omak den kemain mengeluarkan airmato bilo zarina tesingkir. den pon samo gak. ekekekkk
116564 |
Dipos oleh kick pada August 11, 2004, 15:37
|