|
Dik Cerdas
Saya memang meminati siri komik Dik Cerdas ni semenjak saya belajar kat U lagi, pagi tadi adiema ada paste gambar hero Dik Cerdas kat dia punya homepage, dengan itu mendorong saya untuk menaip peristiwa bagaimana saya terbeli komik Dik Cerdas atau Crayon Shin Chan yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia masa kini. Masa blajar dulu saya lebih rajin baca buku tak pelajaran. Suatu hari sedang saya meronda ronda kat satu kedai India yang jual majalah, saya terpandang satu komik yang ada gambar kartun dan berwarna warni. Saya pun membeli komik tersebut sebab saya tengokcam menarik jer. sebelum tu saya pembeli setia komik Doraemon, Slam Dunk dan Professor..........., takl ingat la, yg dia ada bela robot pompuan kecik tu. setelah berjumpa dengan Shin Chan saya telah mengalihkan pembelian saya sebab saya rasa komik dia lagi menarik. Saya mula membeli komik tu sejak harganya dalam RM 3 lebih sekarang dah jadik RM4.80. makin lama makin mahal dan semakin ramai peminatnya. Selepas saya membeli komik tu, semakin ramai pelajar kat tempat saya berminat ngan Shin Chan sebab diorang pinjam komik tu dr saya. Lama2 diorang pegi beli sendiri dan saya pulak yg pinjam kat diorang. sekarang ni, jarang2 dah saya beli komik ni sebab saya sekarang lebih menumpukan dalam bidang majalah masakan, lagipun kalau nak tengok shin Chan boleh tengok kat TV. tapi pada saya cerita kat TV tak best sangat berbanding baca komik dia. Namun begitu, komik2 Dik Cerdas dalam simpanan saya masih banyak dan ada kawan seopis yang meminjamnya dan masih belum memulangkannya. Kalau terbaca tu, sila2 la pulangkan...

kali terakhir diubah pada: Aug 11, 2004, 20:46
Add a comment
|