|
Boss carik...?
Pepagi buta lagi saya dah mencarik boss, boss tak de pegi makan. Saya pun ikut teladan pegi makan jugak. balik makan saya carik boss, boss tak de lagi, pegi mana tah...kerani dia pun tak de sekali. saya balik bilik, ada pulak org pesan kata boss mencari sampai ke bilik, agaknya 2-3 hari la kisah carik mencarik ni berterusan. Boss ni org lama dah nak sampai umur pencen pun, saya tak brapa suka sangat cara kerja dia berbanding ngan boss opis lama dulu. Boss ni cerewet. Buat kerja mudah jadi susah. saya teringin nak komplen terang terangan ngan dia, tapi rasa cam tak sampai tahap jer lagipun kesian kat dia, kasi can la kan, bukannya lama lagipun dia nak berkhidmad. aii, mengata org lagi, sekarang saya tengah tersengih menanggung sakit gigi, gigi yang bungsu, wisdom teeth, memang pun kau bawa derita padaku. kalau kat rumah boleh la jugak taruh ubat gigi kat lubangnya atau kemam asap gudang garam. kat opis ni mana la ada ubat gigi, esok saya berjanji untuk membawa ubat gigi ke opis. Gigi saya stat rosak masa saya belajar kat U dulu. punya la sakit. Slalunya bila sakit gigi, saya pegi ke toilet. nak tau saya buat apa, saya masuk toilet dan menangis kuat2 kat dalam toilet. kalau menangis kat bilik nanti, ramai pulak org tanya, menangis sebab putus cinta ker, boipren mati ke? kalau saya jawab nanti semakin sakit gigi. jadi baik la saya ke tolilet boleh meraung sesuka hati, kalau ada org dengar pun, dia tak leh nampak muka saya, paling kuat pun mesti dia ingat hantu. selalunya selepas penat menangis, mesti rasa penat/mengantuk, dengan itu bole la tido dengan nyaman. Bila bangun sakit gigi pun hilang. seumur hidup saya, saya tak pernah cabut gigi kat Doktor gigi, tampal pun tak pernah. saya cuma pernah jumpa doktor gigi untuk cuci gigi dari karangan laut.....karang gigi. sehabis jer saya menaip perkataan karang gigi, sakit gigi saya pun semakin reda, hari ni saya telah mendapat penemuan baru, ubat sakit gigi, iaitu "Menaip Weblog" pukui 2.30 ni saya nak pegi carik boss.
kali terakhir diubah pada: Aug 11, 2004, 23:34
Add a comment
dah cuba menonggeng, meniarap, semua posisi pernah, semua tak mujarab
116698 |
Dipos oleh sofeanny pada August 12, 2004, 14:27
x ponah..
Apo? x ponah jumpo doktor gigi? MasyaAllah!! Ni musti takot gi klinik. Apo.. kek skolah dulu x ponah oang klinik dtg amik? Alah.. kek skolah kan ado, xkanlah x ponah poie langsong? Den dulu suko bilo namo den naik maso nk g klinik.. Pasal xyah dok dlm kelas.. ekekek.. Apo2 pon, den rekemenkan kek akak, bilo sakit gigi yo, mononggeng kek katil. Peh tu tutop muko ngan banta. Darah kasi turun kek bhg kepalo. InsyaAllah, yg kasi elok, Allah. Itu yo ha ubek ehh. Sekian.. yg baik dtg dari Allah, yg burok dtg dr kolomahan sondiri... Wabillahitaufik..wslm wbt.
116697 |
Dipos oleh kick pada August 12, 2004, 14:22
|