|
Biskut oh Cream Cracker
ada sorang kawan seopis, di suruh saya tulih dia baik dan hensem, kalau hensem tentulah lelaki... sebelum dia keje kat opis ni, dia penah keje di sebuah kilang biskut kat Batu Pahat, Johor. katanya kilang tu depan umah kakak dia. dia slalu ceritakan pengalaman kejenya kepada kaum wanita yg suka makan biskut terutamanya kepada kawan saya yg tengah mengandung tu.... dia bertugas di bahagian menguli adunan, katanya sewaktu menguli tu (menggunakan mesin), peluhnya merecik recik laksana air terjun masuk ke dalam mesin penguli. keadaan dalam bilik menguli tu sangat panas dan katanya lagi dia kene keje 12 jam sehari. lagi satu ceritanya, ragi yang digunakan untuk membuat biskut tersebut di letakkan dalam besen yang kecik sahaja. kenkadang bila ragi tu naik/mengembang ia akan melimpah ruah ke lantai. lalu kawan saya yang dedikasi ini punyi meraupnya kembali dan terus dimasukkan ke dalam mesin penguli. kawan saya itu tidak makan biskut lagi semenjak dari itu. dengan itu dia menasihat saya dan rakan2 yg lain supaya jgn makan biskut terutamanya biskut keluaran mantan majikannya dulu walaupun biskut itu amat terkenal seantero dunia. tapi saya masih makan biskut keluaran syrikat lain sebab kat opis ni tak de nasik.
kali terakhir diubah pada: Aug 12, 2004, 2:52
Add a comment
makan lah nasik untuk kesejahteraan bersama!
116786 |
Dipos oleh sofeanny pada August 13, 2004, 8:52
YURRKkkk.........gelinyerrrrrrrrrrrrrrrrr
116716 |
Dipos oleh zz pada August 12, 2004, 17:47
|