|
Sukan
Masa sekolah rendah dulu, saya sukan bersukan, bukannya sekrang tak suka tapi peluang kurang. Saya paling suka masuk acara 100m, sebab sekejap jer lari dah bole dapat hadiah. Masa saya darjah tiga, saya masuk acara peberet saya ni, saya pun berlari dengan penuh semangat, saya rasa saya dapat no. 3, tapi pengadil kata saya tak dapat, org lain yg dapat. saya marah pengadil, saya tanya dia kenapa saya tak dapat, dia kata org yang dapat tu dia melompat ke depan bila nak sampai ke garisan penamat, jadi dia lah yg sampai dulu, saya kalah. Saya pergi dgn perasaan tak puas hati dan berjanji akan meniru stail org yg memang tu di lain kejohanan. tahun depannya, saya masuk lagi acara 100m dan saya dapat no 3 (sebab no.1 ngan no.2 budak yg lebih tua drp saya), pas tu saya nampak ada seorang budak lain pulak tak puas hati ngan saya. tahun itu juga (darjah empat), cikgu saya (merangkap abg angkat-dia yg offer diri) melatih saya untuk masuk acara lompat jauh dengan bersungguh -sungguh. usahanya tidak sesia kerana saya jadi johan. saya dapat hadiah besar. tapi tak sempat tangkap gambar. saya juga masuk acara lompat tinggi, kalah. Acara 200m lari, no. satu dan acara 4X100m, no. 2. Diakhir kejohanan tersebut saya pulang dengan membawa banyak hadiah sehingga tak cukup tangan dan tak lupa juga dengan hidung yang kembang penuh kebanggaan. tahun depannya (darjah 5), saya sekali lagi mengulang kejayaan darjah empat dengan penuh belagak. darjah enam pulak, saya masuk juga acara, tapi banyak kalah, sebab dah semakin berat. cikgu pulak paksa saya masuk acara 200m peringkat daerah, saya tak mau, tapi cikgu paksa jugak berdasarkan rekod lama, kengkununnya saya lah yg paling layak. Tiba hari kejohanan saya masih berdebar-debar, bila saya mula berlari, saya nampak macam best, tapi akhirnya saya dapat tempat terakhir...ekekeke...selepas tu cikgu tak panggil lagi saya mewakili sekolah.... saya juga pemain netball sekolah, tapi biasa2 jer. bila main ngan sekolah lain, kami kalah. jaguh kampung saja. saya melanjutkan kesukanan saya sehingga sekolah menengah sampai ting. 1 sahaja, lepas tu saya malas. masa kat U saya main semua sukan untuk mewakili pusat pengajian, berlawan ngan pusat pengajian yg lain. menang acara Bola Tampar sahaja. masa belajar kali kedua, saya masuk acara lari 4X100m melawan makcik2, geng saya menang pingat perak. Bila keje, saya main netball ngan kawan seopis, lawan ngan budak IPT, kami menang (sebab masa tu ada antara bebudak tu yg puasa lagipun diorang segan ngan makcik2 ni). kawan2 menobatkan saya sebagai pemenang anugerah "tangan emas" sebab saya penjaring terbanyak. Selepas berlagak dengan kejayaan itu, kami dijemput melawan makcik2 lain dari ops lain pulak. kami kalah teruk. saya lansung tak jaringkan gol. saya dapat anugerah "tangan tak berbendung" pulak. itulah nasib ahli sukan di Malaysia ini. bila menang di puja di puji. bila kalah disalahkannya pulak emak kita-sebab tak bedung kita.
kali terakhir diubah pada: Aug 13, 2004, 0:31
Add a comment
|