|
Jaga Koperasi
Semasa saya berada dalam tingkatan dua, saya bertugas menjaga koperasi. saya bertugas dengan kawan baik saya W, W ni minat kat mat Terap, tapi dia tak kawin ngan mat Terap pun, dia minat mat terap sebab arwah ayah dia dulu bekerja sebagai mat terap. pada suatu hari, cikgu koperasi sekolah iaitu cikgu K, telah datang ke sekolah dengan berbaju panas/sejuk (sweater). itulah pertama kali si W melihat cigu memakai sweater baru berjenama terkenal la sikit. W nak bodek cikgu K, dia kata: "Waaaa...hari ni cikgu pakai baju Cikah" saya yang berada di samping W, tergelak besar mendengar kata2 dr mulut W. tu la, nak bodek tapi kurang pengetahuan. W terpingga pingga melihat saya ketawakan dia. sepatutnya dia sebut baju 'CHEETAH", bukannya cikah. kesian W, cikgu K tak senyum pun kat dia. Agaknya marah ader ler. *Mat Terap: askar/tentera/soldadu/sojar *Cikah: binatang dari species monyet/kera/ungka/kongkang/mawas/orang utan, bigfoot/yeti
kali terakhir diubah pada: Aug 13, 2004, 20:52
Add a comment
|