|
Makan satay
Malam tadi teringin nak makan satay. ajak driver ke tempat biasa. sataynya murah dan menyelerakan. Masa kecik dulu saya tak makan satay sebab tak tahan bau rempahnya. Dalam perjalanan ke warung satay, terpandang di hadapan satu keluarga menaiki motor tak tahu ke arah mana tujuan. seorang emak, ayah dan anak kecil lebih kurang 3 tahun. Kelihatannya gembira, mungkin nak makan di luar agaknya, idakpun ke pusat membeli belah, yang paling riang kelihatannya tentulah anaknya, saya perhatikan kakinya dihayun ke kiri dan kekanan, ibunya pulak tak ambil tahu ataupun tak sedar karenah anaknya. saya yang berada di dalam kereta di belakang moto hanya mampu menutup mata kengerian, rasanya kalau saya menjerit pun keluarga tu tak dengar, kalau berhenti merbahaya pulak ditengah jalan raya. saya berasa ngeri kalau2 kaki anaknya itu termasuk dalam putaran roda motosikal. mesti cedera parah kaki budak kecik yang masih lembut tu. tak sanggup saya nak menonton adengan sebegitu sebelum makan satay. akhirnya saya tak nampak dah keluarga tu, mungkin diorang ikut simpang lain. saya hanya mampu berharap kejadian yang saya bayangkan tu tak terjadi. ibu bapa budak tu patutbya lebih berhati hati. lagipun salah naik moto bertiga, naik jer la bas.(macam saya) Sebenarnya mak saya pernah alami kejadian kakinya masuk dalam roda basikal masa dia kecik dulu. mak saya cerita masa tu dia gembira sangat naik basikal ngan ayahnya. akibatnya kakinya kena jahit dan sampai sekarang parutnya masih kelihatan. saya tak pernah pulak la jadi cenggitu, sebab saya budak baik...
kali terakhir diubah pada: Aug 15, 2004, 19:26
Add a comment
tu la kan, kalau dah terjadi baru lah ngeri...budak kecik mana tau apa2, patutnya mak dia pegang kaki dia, idak pun ikat kaki dia cam yang selalu org Kampung buat bila bawak budak kecik naik beskal...ekekeke....biar derita sikit, jangan derita banyak
117156 |
Dipos oleh sofeanny pada August 16, 2004, 11:30
x ponah..
Den lak x ponah naik beskal maso kocik. Bah bosa2 ni lak goma lak ai naik beskal...
117150 |
Dipos oleh kick pada August 16, 2004, 10:56
adik saya pun pernah kena macam tu masa ikut budak lain naik basikal...rasa nak lempang aje budak yg bawa basikal tu. (tapi jiran sebelah masa tu). mungkin kena buat kempen kesedaran utk orangramai..cara2 keselamatan semasa menaiki kenderaan ! saya pernah nampak kejadian selepas accident dgn budak kecik melekat kaca di mukanya, akibat duduk depan dengan emak dia.
117146 |
Dipos oleh saorangorang pada August 16, 2004, 10:27
|