|
Lembu buta warna?
Kalau masa saya sekolah rendah dulu saya tahu lembu buta warna, mesti kejadian ni tak berlaku... Masa saya sekolah rendah dulu (tiap2 hari pun cerita masa sekolah rendah), abah saya ada kebun sayur-sayuran yang dikebunkan sendiri oleh abah saya sebagai mengisi masa lapang selepas bekerja. Abah saya, tak bagi saya ikut dia ke kebun sebab kebun tu jauh kalau jalan kaki, kene lalu dua buah sungai yg tak de jambatan. kalau ikut jalan raya, jauh sangat pulak. saya nak ikut jugak. satu hari abah saya pegi senyap2 pada hari ahad. saya tak sedar. saya pun carik abah saya sebab saya tau jadualnya kalau pegi ke kebun. saya tanya mak saya pasal abah saya, mak saya tanak jawab, dia diam ajer. Saya tak puas hati. saya mesti ikut abah saya. secara senyap2, saya pakai baju T merah dan berseluar pendek hijau (kecik lagi, darjah 3, semilan tahun) dan pergi menuju ke kebun abah saya. Saya berjalan dengan laju, menyebrang 2 sungai separas dada sensorang dan berjalan kaki. sampai pada satu kawasan padang ragut yang berdekatan dengan tasik yang dipenuhi teratai, saya perhatikan sekumpulan lembu tengah enak menjamu selera. Lembu2 itu tidak ada pengembala. agaknya pengembalanya tido. Lembu2 itu berhenti makan rumput dan memandang saya, alamak! takutnya saya, saya pernah dengar cerita org kena tanduk ngan lembu sampai terburai isi perut. masa tu saya bayangkan, kalau la saya kene tanduk, mesti melambung ke udara dan diperbuat seperti bola takraw oleh lembu2 tersebut. tetiba, saya teringat mak saya ada cakap, lembu akan kejar org pakai baju/pakaian warna merah, alamak sekali lagi! saya pakai baju merah. habis la saya! denganpantas saya membuka baju saya dan berlari melepasi kumpulan lembu tersebut. Fuhhhh! lega, saya dah jauh meninggalkan kumpulan lembu. tetiba saya nampak abah saya tengah berjalan, saya pun panggil abah saya. abah saya sangat tekejut, dia tanya saya datang ngan sapa? saya cakap sensorang. disebabkan terkejut sangat, abah saya tak jadi marah saya.(abah saya tak garang) Lepas balik dari kebun, saya ceritakan peristiwa tu pada mak saya, mak saya ketawakan saya (nasib baik tak marah). tapi dia pesan lain kali jgn buat lagi. sampai sekarang, kalau boring2, mak saya akan ceritakan pekara tu kembali sambil menggelakkan saya beramai ramai.
kali terakhir diubah pada: Aug 15, 2004, 21:47
Add a comment
|