|
close down this blog?
artwork: IP165.21.154.12 SingNet Pte Ltd, Singapore artwork close down this blog....boooooringggg Waaa...! Saya rasa saya tau sapa yang taip menda ni. Pertama sekali tentulah saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog bosan ni, kalau omputih cakap tentulah boring. Pertama yang saya nak tanya pada artwork, ada ke dapat kad jemputan bukan walimatulurus khas menjemput anda bertandang ke blog yang boring ni ? Kalau rasa boring, senang ajer...biar la saya sensorang datang sini, taip sendiri, baca sendiri, ketawa sendiri, menangis sendiri, mengelamun sendiri..... Kalau rasa tak suka, tak payah lah ulang banyak kali sangat, saya tau la saya tak pandai Bahasa Inggeris, saya tahu awak orang Melayu, tak bermakna awak dipimpin oleh bangsa lain, awak dah hilang keMelayuan awak. Sila la taip bahasa Melayu....Terima Kasih! Kalau masih rasa tak puas hati, kenalkanlah diri dan hantar e mail kat saya, alamatnya ialah sofeanny@yahoo.co.uk. Sila nyatakan ketidakpuasan hati anda. Adakah saya tertaip yang menyinggung perasaan anda di bahagian komen atau sesuatu yang saya tak jangkakan? Terima Kasih sekali lagi!
kali terakhir diubah pada: Aug 17, 2004, 23:21
Add a comment
|