|
Si Pencetak
Dekat opis sebelah, ada la sorang boss kecik ni. Pekara yang paling dia suka buat ialah mencarik kesalahan org lain. Salah dia terang2 dia buat dia buat tak tau jer... Sudah lama staff2 lain biarkan perangainya yang suka mengadu domba dan menyusahkan org lain, tapi hari ini dia sudah silap langkah. Kisahnya berkisar tentang printer la.....laser printer. Printer ini dikongsi beramai-ramai. Arahannya tak boleh lah print apa2 pun selain daripada dokumen urusan pejabat. Biasalah, kalau ader printer laju, semua org pun nak print apa2 pun. termasuklah saya. disebabkan printer tu jauh skit dari bilik, sukar sikit la nak dikawal, jadi saya pun jenjarang la print kat situ. Ada la sorang staff ni, katanya terprint e-mail tak rasmi menggunakan laser printer tu, si kaki sibuk ni pulak, terjumpa la kertas yg dah bercetak tu. jadi dia pun bising mengadu kat boss besar. Sudah lah kuat mengadu, diceritakannya pulak kat kengkawannya tentang perihal tu. selalunya org pompuan jer yg kuat menjaja cerita, kali ni org lelaki la pulak, kategori luar biasa la tu. Staff yang didapati bersalah ni pulak kaum saya la, biasa la emosional. Dia pun mengadu balik kat boss besar. Siap bawak bukti lagi, bukan dia jer yg penah mencetak bahan tak rasmi, sebenarnya boss kecik ni pun pernah sangatlah mencetak bahan tak rasmi juga. Malahan kuantitinya lebih banyak berbanding dengan staff yang di tuduh. Boss kecik ni bukan setakat itu saja kesalahannya, malahan kalau nak diceritakan banyak lagi. Salah satu daripadanya Merokok dalam kawasan larangan. itu dah di kira satu kesalahan besar. Malahan saya sendiri pun pernah dijadikannya orang tuduhan bersalah (bukan melibatkan printer). tak silap saya dua tiga kali jugak. tapi saya tak de bukti yang kukuh nak menuduhnya balik. kalau di mesyuarat pun, dia lah tokoh yang suka memperbesar besarkan kesalahan org lain. kesalahannya sendiri pun dia tetap kaitkan org lain jugak. kali ni dia tak boleh terlepas lagi, bukti dan saksi dah ada....kalau saya disuruh jadi saksi pun saya rela.
kali terakhir diubah pada: Aug 19, 2004, 0:07
Add a comment
kick
Solalu ehh,.. ompompuan ni raso dio yg boto.. ekekekeke
117665 |
Dipos oleh kick pada August 20, 2004, 11:28
|