|
nest kay pay (KIsah Benar)
Malam tadi pegi minum2 kat kedai mamak (bukan pub). sampai jer kat meja, mamak pun sampai. "Minum apa? MInum Nest kay Pay mau ka....bole dapat t-shirt, pen, note book, macam2 ada" Biar betik mamak ni, jangan la nak buat lawak tengah2 malam ni (kata hati saya). Driver terkebil kebil. "Mamak betui ke ni? dapat t-shirt?" Mamak sambung " Betul la" (dengan nada konfiden) driver lak cakap "okeh nescafe....." mamak blah sepantas kilat , halaju cahaya, tak sempat nak abis cakap, nak yang berais ker, 'O" ke, Tarik ke, Tolak ke..... Saya pandang driver, driver pandang saya. tak lama lepas tu datang dua org yang kulit putih kuning, bawak roda impian versi kecik, dia kata: "Order 2 nescafe kan, sila pusing roda 2 kali" Driver pun pusingkan roda, tangan kat roda tu asik tunjuk kat stick-note ke aper tah tak ingat saya, pas tu dua org kopi segera tu pun cek2 dalam poket apron dia, katanya barang yang dapat tu dah abis. dibaginya driver ballpen besar satu, pas tu driver dengan tak malunya mintak t-shirt, dia pun bagi. akhirnya nest kay pay kami pun sampai. Tarik rupanya. Minum sikit, panas, tapi sedap jugak. saya suka minum kopi, tapi kalau kopi segera terutamanya jenama yang ni boleh buat saya sakit perut, tapi hadiah punya pasal minum sajalah, nasib baik menyelerakan. saya perhatikan dalam kedai mamak, majoriti pelanggan minum benda yang saya minum la. Sapa tak nak, minum dapat hadiah, berbaloi jugak, minuman sedap, t-shirt tu paing kurap pun 7 ringgit. kira ok la. balik jer dari minum, tandas lah tempat tujuan utama. Pukul enam terjaga, tandas jugak. inilah penangan nak sangat hadiah. Driver pun kata dia sakit perut sampai pagi. Dah menjangkit nampaknya.
kali terakhir diubah pada: Aug 19, 2004, 22:08
Add a comment
btui la dapat t-shirt warna hitam dan pen gemuk sebatang, malas nak scan tunjuk kat kao...
117673 |
Dipos oleh sofeanny pada August 20, 2004, 12:01
kick
mmmm...cm tipu jer...... Kalo nk tipu pon biar la logik skit... Tapi xpo, it was a good try.. kekekeekekek
117662 |
Dipos oleh kick pada August 20, 2004, 11:20
Ha ha ha ...minum neskepe, percuma t-shirt dan diaorhea!!
117652 |
Dipos oleh Papi pada August 20, 2004, 10:14
|