|
Minggu Banyak kerja
baru jer sebentar tadi, tak kering lagi air liur dipenjuru bibir. Boss datang jumpa saya, kat sini pelik skit, bukannya kita datang jumpa boss, boss yang datang jumpa kita. Minggu ni kerja bersusun kena disiapkan, tapi saya masih lagi tap...tap..menaip kat weblog ni, bukannya tanak buat kerja, saja jer, kalau ada mood baru la kerja cepat siap, kalau idak..buat penat jer. Boss datang pasal ada Audit minggu depan, ni yang saya rasa nak demam jer ni. ISO segala menda dibuat untuk menyusahkan org2 seperti saya. saya terfikir, adakah saya ingin mengambil MC dengan pura2 sakit perut atau pening kepala pada kali ini? Kalau ingin mengambil MC dengan alasan sakit perut kene pastikan datang ke klinik sebelum makan apa2, bila Dr. picit perut, dia rasa lembik jer, dia percaya la, sakit perut. (Kalau ada Dr. masuk blog ni, elakkan diri anda daripada membaca artikel ini, diingatkan hanya kepada Dr. perubatan bukan Doktor falsafah!) Kalau nak amik MC pening pulak, bangun tidor jangan basuh muka terus pegi klinik, baru nampak real,....ekekeke...jangan la buat cam saya taip ni, tak baik tau! Tapi kan, kalau nak lagi senang carik jer klinik yang jual MC, tak payah banyak cerita...kan! Boss datang tadi sebenarnya suruh buat jadual untuk AJK, dan buat2 tugas sampingan lain sempena Audit nanti...siap cakap Tengkiu lagi...kuek..kuek...kuek...! sebenarnya masa dia datang jumpa tu saya tengah main Solitaire...cepat2 open dokumen lain kat skrin, SELAMAT!
kali terakhir diubah pada: Aug 22, 2004, 22:36
Add a comment
|