|
Org Badan Besar?
semalam masa balik keje naik bas. di belakang saya seorang lelaki yang obes sedang nak naik bas macam saya. Bila saya naik bas, bas dah hampir penuh, saya pilih duduk kat sebelah seorang pelajar lelaki, baru balik tuisyen agaknya. Pelajar ni saiz sedang2 la, tak la besar sangat tapi lebih daripada separuh tempat duduk bas tu penuh ngan badan dia ajer, saya terpaksa duduk menyedeng sikit. Keadaan jadi macam tu kerana dia lansung tak nak kecilkan sikit kangkangan kakinya itu, kalau dia rapatkan sikit kakinya tentu saya lebbih selesa duduk disitu. Saya tak gemar duduk sebelah lelaki dalam bas, walaupun badan kurus melengking mesti nak duduk luas2, tak pikir lansung pasal org lain. Kalau dah terpaksa, apa nak buat, duduk jer la mana2 pun, kalau berdiri nanti nampak janggal pulak sensorang, lagi pun driver bas suka buat 'lap' maut...kang tak pasal2 jatuh kat atas mana2 penumpang lain. lagi haru... Terlupa pulak nak cerita pasal lelaki di belakang saya, dia pilih tempat duduk dibelakang driver yang saya tak berapa perasan di sebelah Nyonya tua, tempat duduk tu agak sempit sebab ada palang disebelahnya, lelaki ni dengan selambanya menghenyakkan punggungnya di sebelah nyonya, lalu saya dengar Nyonya tu menjerit, agaknya lelaki tu dah menghenyak peha nyonya. Lelaki tu buat tak tau jer, dia terus duduk di situ sambil nyonya menjeling tajam kat dia, agaknya Nyonya pun malas nak buat kecoh besar dalam bas tu, lelaki terus duduk di situ hingga sampai destinasi perhentian dia. Masa tu saya terpikir, kan elok kalau pelajar sebelah saya tu duduk dengan lelaki obes tu, baru padan, sama2 tak hiraukan keselesaan org lain. Selepas penumpang bas berkurangan, saya pun alih tempat duduk, jauh drp kedua dua org tu, lepas tu, ada pulak la makcik yg nak duduk sebelah saya....ish...'panas' jer rasa hati saya masa tu, sedangkan tempat lain banyak lagi kosong....
kali terakhir diubah pada: Aug 25, 2004, 1:07
Add a comment
eleh..
Dioang bukan pentingkn diri sendiri laa. Akak yo haa yg perasan lelebih... Belajarla mhormati oang lain. Yg den den nmpak laa.kekekekek
118265 |
Dipos oleh kick pada August 25, 2004, 17:24
susah betulla kalu org pikir diri sendiri jer...
118252 |
Dipos oleh selendangbiru pada August 25, 2004, 15:27
|