|
Jual Kupon
Ada la sorang kawan ni, dia terpisah jauh dengan suaminya kerana tugas. Untuk melepaskan kerinduan yang terpendam serta bertanya khabar, si suami sering menalipon menggunakan telipon pejabat. Suatu hari dengan tak diduga, ketika si isteri sedang sibuk parking kereta, tiba2 dia mendapat panggilan tepon daripada tempat suaminya bekerja, kali ini bukan suara suaminya tapi suara ketua tempat suaminya berkerja yang kedengaran di speaker. Ketua menanyakan butir2 tentang pemilik nombor tepon yg dihubunginya kerana katanya ada org dari syarikatnya yang menelepon ke nombor tersebut. Isteri yang panik terpaksa mereka cerita, apabila ditanya isteri bekerja di mana, cepat2 si isteri menjawab bekerja di syarikat menjual kupon letak kereta. kerana pada ketika itu dia cuma nampak meter parking kereta sahaja. Isteri juga menjawab dia tak kenal sesiapa pun yang bekerja di syarikat tersebut. Selepas habis sahaja bercakap, dia segera mematikan teleponnya agar ketua syarikat tidak dapat lagi menghubungi nombor telepon nya. Lagipun sambung si isteri, dia dah tak de idea nak mengelentong ketua syarikat lagi. Moral cerita ini ialah jangan menggunakan harta pejabat untuk urusan peribadi, nanti anda jugak yg susah nak mencipta alasan.
kali terakhir diubah pada: Aug 26, 2004, 1:55
Add a comment
boss printer tu rabun IT, kalau saya taip berkajang2 pun, mesej cerita ni tetap tak sampai kat dia....
118540 |
Dipos oleh sofeanny pada August 27, 2004, 10:02
macam ditujukan kat boss printer tuuu jer...hehehehe
118466 |
Dipos oleh selendangbiru pada August 26, 2004, 20:19
|