|
Kota Bahru
saya sampai di Kota bahru hampir pukul seploh malam. Round sana, round sini, dah membangun pesat nampaknya berbanding kali pertama saya datang ke sana. jalan2 dipenuhi dengan lampu2. Saya pegi makan kat medan Selera Buluh Kubu, dah la mahal, tak sedap pulak tu....sori la mgata sket... lepas round2 KB, saya teruskan perjalanan ke Kuala Besut. Sampai ke Kuala besut hari dah awal pagi, jadi tido jer dalam kereta depan jeti ke Pulau Perhentian. Bangun pagi, bukak pintu kereta terus nampak binatang warna hitam, ingatkan anjing rupanya kambing, kat sini mana ada anjuing, kambing banyak la, jalan merata-rata. selepas tunaikan apa yang patut dan mandi, saya berdiri depan jeti sambil tengok2 omputih sibuk2 naik bot nak ke pulau Perhentian. sambil tengok2, terpandang ada sesuatu kat air laut, nampak macam ikan, berenang2 tepi jeti, saya bagitau driver saya nampak ikan, saya kata ikan Yu, tapi rupa2nya ikan haruan, tak sangka pulak ikan haruan ada kat laut/kuala. driver cepat2 pegi tepi jeti dan tangkap ikan haruan, ikan tu pening2 lalat rasanya, senang jer driver tangkap dia. besar jugak ikannya dalam 800 g. ramai org berkerumun tengok ikan, ada yg kata sedap masak tempoyak la dan macam2. lepas tu driver suruh jer salah seorang kat situ ambil ikan tu.patutnya jual la kan..ekekeke..bole buat tambah duit minyak.. lepas tu kami naik jambatan dan pegi melawat Pantai Air Tawar dan seterusnya menuju ke Pantai bukit Keluang yang tak sudah2 dipromosikan oleh driver...
kali terakhir diubah pada: Aug 31, 2004, 23:31
Add a comment
dah malam buta sampai sana, tak tau nak carik mana dah, kira makan jer mana tempat yg jumpa, kain sutera banyak la jumpa....Sutera cafe tak nampak lansung..
119203 |
Dipos oleh sofeanny pada September 1, 2004, 16:50
masa saya belajar kat Kelantan dulu..kalau dapat outing mesti pegi makan kat Sutera Cafe... sedap betul mknn kat situ..kalau kat medan selera buluh kubu tu, mmg tak pegi sebab tak sedap dan mahal (tak semua la..nanti marah org meniaga kat situ)...hehehehe
119195 |
Dipos oleh selendangbiru pada September 1, 2004, 15:17
|