|
Gabra?
Hari sabtu, balik dari rumah mak dan abah saya singgah kat satu shopping kompleks. Sesaja buat eksesais mata skit, dan terlansung sekali eksesais dompet. Selepas selesai, makan masa tiga jam jugak selalunya sejam dah habis. Hari tu lambat skit abis sebab tak cukup kuota. Berpusing keliling supermarket, nak cari barang ang seuai dengan kuota, akhirnya terbeli beras Basmathi sekilo...ekekeke. tak tau la nak buat masak apa, ermmm...buat nasik beriani Gam la....tapi masa gi Kb dlu, saya tengok diorang tulis nasik Beriani Dam, tak tau la sama ke lain sebab tak order pun. Lepas habis bei belah, tibalah masanya untuk pulang ke rumah dengan tujuan menyidai kain yang tak disidai sejak hari jumaat kerana tergesa gesa pulang. Saya pun duduk kat tempat menunggu bas sambil menunggu bas yangs epatutnya. Sambil tu sempat mengelamun jap. Sambil2 mengalamun tetiba terdengat bunnyi benda jatuh dan terlangar sesuatu. Saya pandang ke jalan yang penuh dengan kenderaan. Dibelakang sebuah bas yg bukan menuju ke rumah saya, saya perhatikan sebuah motosikal yg agak baru berwarna merah tersembam di atas jalan raya. Brkcai amp2nya dan ada bahagian lain yang tertanggal. Penunggang motr jatuh bersebelahan dengan motornya. Orangnya kurus dan sedikit comot, mungkin pekerja kontrak atau mekanik. Penunggang itu jatuh dan terus mebengkok kan badannnya seperti menahan kesakitan, dan kemudian terus terbaring disitu. Nasib aik kenderaan lain tak melanggarnya, tapi tak de satu pun kenderaan yg berhenti menolongnya. Saya risau melihat keadaannya, takut dilanggar kenderaan lain, saya berada pada jarak 150m daripadanya. Rasa nak menolong, tapi takut pun ader. Saya tak tau apa nak buat, akhirnya saya putuskan untuk menalifon ambulan, saya pun meraba-raba duit syiling dalam dompet dan pada masa itu juga saya perhatikan 2-3 org dari jalan bersebelahan yg berhenti dan menarik orang yg kemalangan ke tepi, semuanya penunggang motosikal. Kemudian baru la saya sedar yang menalifon Ambulan adalah free....eekekeke. tepon jer nombor 999, lagipun tepon awam berdekatan jer dengan tempat kejadian. Itulah disebabkan kelanm kabut, benda yg biasa pun dah jadi lupa. Saya lihat mangsa sudah sedar walaupun masih dikelilingi org yg menolongnya. Nasib baik, lalu saya batalkan saja niat saya untuk menalipon Ambulan/Polis.....semoga dia selamat dan sihat...maafkan saya kerana lambat membantu...
kali terakhir diubah pada: Sep 5, 2004, 19:54
Add a comment
|