|
ICT
Ada seorang staff di tempat bekerja, sama jawatan dengan saya tetapi di lain bahagian, iaitu bahagian yg agak mahsyur, ICT. Tugasnya tentulah yang berkaitan dengan komputer, perisian dan network dan sebagainya. Walaupun bukan berkelulusan secara lansung dengan ICT, staff ini nampak serba boleh dan memang selalu memandang besar pada dirinya. Terjadilah peristiwa di suatu kursus yang sedanya, saya dan rakan2 sekursus termaksuklah staff ICT ni, di kursus kami belajar pekara yang paling selalu digunapakai di pejabat iaitu tentulah WORD. Seperti yg kebanyakan org tau, inilah perisian paling mudah dan paling ramai penggunanya. Setelah diberi tunjuk ajar, kami diberikan projek untuk memahirkan diri, kalau dah org tua disuruh belajar tentulah ramai yg kurang menumpukan perhatian. Saya tentulah sorang daripadanya. Saya tak dapat menyiapkan projek yg disuruh lalu meminjam disket kawan utk copy sebahagian daripada projek yg sepatutnya di buat. Selepas itu tentulah, ditokok tambah supaya nampak seperti ‘sendiri punya’. Setelah mencuba dengan bersungguh-sungguh ditambah dengan pengetahuan semasa yg lebih kurang, saya pun berjaya menyiapkan projek, manakala staff ICT ni tak dapat siapkan projek sedangkan dia sama meminjam disket daripada kawan. Saya pun sengaja mengacah dengan berkata: “Takkan staff ICT pun tak boleh buat kut” sajer jer cakap cenggitu sebab dia ni slalu sangat belagak tak tentu pasal. Dengan tak disangka sangka tetiba jer saff lelaki ni menyinga walaupun badannya tak sepadan lansung dengan singa...pendek kemetot...ekekekeke Katanya, kursus yg diambilnya semasa di U bukan kursus ICT, saya pun tak amik ICT..tapi bole jugak buat. Selepas itu dia masih tak puas hati, macam nak bergaduh pulak dengan saya sedangkan halnya kecil sangat. Selepas itu hal itu berlarutan sampai mengata saya macam2, dia masih tak puas hati, saya Cuma ketawa sajer sambil melihat perangainya yg dah semakin teruk, membenttak dan marah tak sudah2 dan memalukan diri sendiri. Kemuncaknya pada hari kursus yang berikutnya, dia buat lawak dalam kelas dihadapan pengajar, saya sempat berkata”Tak lawak pun”....mendengar kata2 saya dia lantas bangun dengan muka masam mencuka ...dan kemudian duduk kembali dan terusan diam disepanjang kursus kerana malu sendiri.....
kali terakhir diubah pada: Sep 5, 2004, 22:49
Add a comment
hari ni dalam sejarah. ada sorang reseacher baru join, kening dia cam opera cina....kemahiran lom test lagi heheh tggguuu
119792 |
Dipos oleh zz pada September 6, 2004, 13:49
|