|
Tapak Pasar Malam Hari Rabu
Pagi tadi saya lambat pegi keje. Waktu org lain gi kerja saya pegi menuju ke jalan di dalam satu kawasan perumahan yg agak jauh dari rumah saya. Tetiba saya jumpa satu jalan yg sangat saya kenal.iaitu jalan dimana driver kata sangat sesuai untuk belajar kereta. Saya pun membangkitkan persoalan tersebut. Lalu driver memaksa saya turun dari kereta dengan tiba2 dan kami bertukar tempat duduk. Driver dengan garangnya memaksa saya menekan pedal brek dan menukar gear ke huruf D, dan kemudian melepas kan pedal brek lalu mengawal stereng ke arah hadapan. Driver sebenarnya mengajar saya bawak kereta ‘outo’. Pada hari ini driver menjadi sangat garang berbanding hari2 biasa selayaknya seorang pegawai JPJ yg tak dapat naik pangkat sebab banyak makan rasuah. Saya naik menyampah tapi disebabkan saya ingin cepat pandai, saya turutkan saja arahannya walaupun dia dah mula nampak melawan toke. Apabila driver suruh saya masuk ke satu simpang, saya gagal mengawal stereng dengan agak baik, driver menjerit dan suruh saya turun dari kereta. Lepas tu driver drive kerete ke satu kawasan lain iaitu suatu padang tapak pasar malam pada hari Rabu. Keadaan di situ lebih selesa untuk belajar memandu. Saya pun drive, buat kona baring, mengundur dan macam2 lagi, saya tak de rasa takut pun drive keter tu sebab bukannya kereta saya, lagipun kereta nya senang jer nak bawak, Cuma tekan minyak sajer. Setelah kaki saya berasa sangat lenguh barulah driver suruh saya berhenti memandu. Saya menyatakan rasa tak best lansung belajar memandu dengan driver sebab dia garang sangat macam harimau tersepit misai. Driver pulak menjawab dia berasa stress dan kakinya lenguh sebab dia terasa rasa nak tekan brek sajer sepanjang saya memandu...ek e le..patut la garang semacam stress rupanya.... Selepas itu, sebagai upah saya belanja driver makan sup tulang kat satu kedai yg biasa kami makan......kat kedai tu ada sekor kucing manja yg kalau di panggil akan datang segera berbanding pelayan kedainya....
kali terakhir diubah pada: Sep 6, 2004, 21:52
Add a comment
|