|
Paru-paru reput
Bebaru ni driver pegi melawat sedara mara nya yang berlambak kat K.L nu. dia ada bawak balik cerita sekali. Katanya, adik bapak dia (bapak sedaro dia la) ni seorang pegawai kerajaan yang sangat mementingkan kesihatan. selalu bersenam, jaga pemakanan dan yang paling penting mnyokong kempen 'Tak Nak' dengan jaya, seumur hidupnya dia tak merokok. driver kata lagi, pakciknya ni berbadan sasa, tegap dan tak jatuh kalau disepak, tetapi baru2 ni bila dia berjumpa ngan pakciknya, driver menunjukkan aksi meletakkan tangan kat dahi, kata driver pakciknya asik meletak tangan didahi mengenang nasib malang yang menimpanya di usia persaraan. badannya yang dulu tegap sasa dah tinggal isi ngan kulit sahaja. pakcik driver di sahkan menghidap barah paru2 walaupun tidak merokok. saya menyatakan pendapat saya pada driver iaitu pakcik driver ni mesti salah seorang daripada 'perokok pasif', dia menyedut asap rokok org lain. mungkin asap drp rokok kengkawan atau rokok driver dan keluarganya sendiri. driver beria-ia menafikan yg keluarganya kuat merokok, dia kata adik, emak, nenek, ayah, atok dan sepupu dia artis popular tu pun tak hisap rokok. dalam keluarganya cuma driver sorang yang merokok, tahap dewa karma ketiga pulak tu, kalau sekali pandang macam naga pencen. Tujuan driver mempersoalkan kaitan penyakit pakciknya dengan rokok ialah dia nak membuktikan yang menghisap rokok tidak membawa kecelakaan pada dirinya. saya juga merupakan salah seorang 'perokok pasif' kerana terpaksa menyedut asap rokok driver sewaktu naik kereta dan juga kenkadang bila balik umah mak abah saya terpaksa pulak menghidu asap rokok abah saya pulak. diharapkan saya dan tubuh badan saya tidak menerima nasib yang sama seperti pakcik driver.
kali terakhir diubah pada: Sep 7, 2004, 21:44
Add a comment
|