|
Makan sabun
Ada sorang kawan, dia baru mula mengandung, loya2, muntah2, pening2...dan macam2 lagi. Dia ceritakan pada saya kisah maknya masa menagndungkan dia dan adik2nya dulu. Katanya maknya, tak boleh cium bau makanan, sama la macam dia jugak. Dapur rumah merupakan kawasan larangan utama, kerana di situlah puasat makanan utama. Katanya lagi, bagi menghilangkan bau di dapur, maknya pernah menyiram minyak tanah di kawasan dapur rumahnya. Lagi satu tabiat maknya masa mengandung ialah tak boleh makan, suatu hari dia rasa loya2 kat satu rumah sedara maranya, dia pun pegi ke toilet/bilik air. Masa di sana dia tercium suatu bau yg sangat ‘sedap’. Dia pun mencari2 bau yang sedap itu, rupa2nya bau datang daripada sebuku sabun yang sangat popular pada masa itu, iaitu sabun cap KAPAK. Besoknya dia memaksa suaminya membeli sabun cak kapak untuk kegunaan dirinya sendiri pulak. Setiap hari dia akan menghidu bau daripada sabun tersebut bila dia berasa loya. Lama2 dia rasa bau tu sedap sangat sehingga mendorongnya makan sabun tu pulak. Saya cakap ngan kawan saya, takkan la semilan bulan nak makan sabun kut. Dia kata memang maknya makan sabun selama semilan bulan iaitu sepanjang tempoh kehamilannya tanpa lansung makan nasik. Yang lagi mengejutkan saya ialah maknya bukan sekadar makan sabun sewaktu hamilkan dirinya sajer tapi makan sabun setiap kali hamilkan adik2nya seramai 2 org lagi(nasib abik 3 org jer adikberadiknya). Dasat sungguh, patut di masukkan dalam buku rekod Malaysia.... Selain daripada cerita tersebut, saya juga pernah dengar org Islam mengidam nak makan sup khinzir dan menurut kawan saya lagi, seorang sedara maranya pernah mengidam makan sup selipar. Kesimpulannya keluarganya memang menjadi keluarga ‘hairan’ bila tiba bab2 mengidam ni.
kali terakhir diubah pada: Sep 8, 2004, 19:38
Add a comment
|