|
Meninggalkan dunia yang fana
Ikan flower on kesayangan saya dah meninggalkan dunia ini semalam. tak sempat masuk pertandingan dan meninggal. ini semua kerana kecuaian saya kerana lambat mebayar bil TNB sehingga ikan saya mati kelemasan. kesian dia...saya dah cuba buat pernafasan aliran air melalui insang dan CPR, dia masih gagal di selamatkan. Badannya yang sudah tiada nyawa itu masih belum saya keluarkan dari akuarium lagi kerana malam tadi gelap sangat sebab tak de lampu (al maklumlah elektrik dah dipotong). Malam tadi saya tido dalam gelap bertemankan lilin dan torch light. itupun bekalan lilin terpaksa dicatu kerana driver telah bertugas luar daerah. kalau tidak bole la saya suruh dia beli lilin dan salahkan dia kerana tak hantar saya ke pejabat TNB untuk membayar bil. Malam tadi juga saya tido di atas lantai kerana kepanasan. saya pegi ke opis berseluar jeans, bertee-shirt dan berselipar sahaja kerana saya tak leh nak seterika baju. disamping itu saya juga membawa sebuah beg 'balik kampung' untuk mengisi uniform keje dan seterika. sampai di opis, saya pun seterika baju dan pakai di sana. selepas melapor diri, saya segera naik bas menuju ke ibu pejabat TNB untuk melunaskan bayaran yang tertunggak. pukul lima ni barulah, pegawai TNb yang bertugas akan menyambung bekalan elektrik di rumah saya. nampaknya segala barang2 dalam peti ais akan busuk dan mencemarkan alam sekitar rumah saya....kesian kat saya!
kali terakhir diubah pada: Sep 9, 2004, 19:31
Add a comment
sian kat sofe
lepas ni, rajin-rajin gi pejabat pos bayar segala macam bil
120368 |
Dipos oleh gigitakbertatoo pada September 10, 2004, 13:45
tu la kao
patutnya kao yg tolong akak bayar bil...ekekeke
120355 |
Dipos oleh sofeanny pada September 10, 2004, 11:28
laaa.
Laa.. akak den nie! apo laa haaa. Ish2!!
120348 |
Dipos oleh kick pada September 10, 2004, 10:52
|