|
henpon baru
Sempena hari lahir saya yg dah datang pada hari Anwar dibebaskan saya mendapat sebijik henpon baru. henpon baru saya memang baru, berwarna keperakan lengkap dengan kamera dan skrin berwarna dan didatandkan dengan 2 skrin, diluar dan didalam (jenis lipat 2 muka.) saya sungguh berbanggga dengan henpon baru saya seperti hendak meng'scan' gambarnya dan lekatkan di weblog ini...ekekeeke sebelum ini henpon saya kecik dan ringan tetapi tidak mempunyai skrin berwarna dan tiada kamera. saya telah menangkap banyak gambar saya sendiri dengan kamera tersebut....(syok sendiri) malangnya henpon saya jarang2 berbunyi walaupun melodinya cukup hebat, poliphonik segala dan macam2. ini kerana tak de org nak menalipon saya selalu. mak saya pun jarang2 nak menalipon saya. suatu hari semasa dalam bas, ada org hantar sms kat saya, saya telah setkan bunyi 'monyet' untuk melodi message, ketika henpon saya berbunyi semua org pandang saya, mesti diorang ingat saya bawak sekor monyet dalam beg saya (kerana melodi drp henpon saya terlalu 'semulajadi').....saya cuma senyum dan pandang muka semua org dlm bas... itulah dia cerita saya yg belagak sebab dapat henpon baru,,sekian!
kali terakhir diubah pada: Sep 13, 2004, 20:52
Add a comment
kalu ada bunyi gajah ok jugak....baru gempak!!! ekekeke
121007 |
Dipos oleh sofeanny pada September 16, 2004, 14:27
nasib baik monyet...kalau rimau ke..gajah ke...lagi teruk
120880 |
Dipos oleh gigitakbertatoo pada September 15, 2004, 21:26
|