|
kerja
saya datang ke opis hari ini dengan berjanji untuk membuat kerja saya, iaitu menyiapkan buku saya yg tak siap2 dari bulan lima. namun begitu, janji hanya tinggal janji kerana saya sibuk membaca weblog org lain, menulis kat weblog sendiri dan bermain 'freecell'. Saya terlalu ketagih bermain freecell sejak dahulukala lagi. setiap kali menang nak cuba sekali lagi, kalau tak boleh selesai...nak cuba jugak. dulu, masa saya di tahun pertama pengajian, saya sering bermain permainan 'Solitaire' sehinggakan saya tak belajar lansung dan mengakibatkan tetikus di komputer saya 'jahanam', sampai tak boleh nak klik apa2 lagi. selain itu, saya juga gemar main permainan 'Flying Picture' sehinggakan komputer saya 'jam' disebabkan tak dapat mencatat markah saya yg brbilion.....ekekeke hari ini, saya masih bermain 'freecell' sehinggakan kerja tak siap, buku pun tak siap sedangkan duit dah diterima lama dulu...ermm..nampaknya esok sajerlah saya menyambung 'taip' buku saya......
kali terakhir diubah pada: Sep 14, 2004, 1:35
Add a comment
|