|
Tersentuh ati
Malam tadi jalan2 cari angin lalu singgah kat satu kawasan pinggir bandaraya yang masih ada suasana kekampungan. Singgah kat satu kedai mamak sebab driver kata dia lapar, jadi semnetara menunggu driver makan saya lihat2 persekitaran dalam kedai mamak dan suasana di luar yg dihiasi dengan hujan lebat. Saya order teh o ais, dalam hujan lebat itu kelihatan seorang warga emas yg sudah tua berbangsa Cina. Nampak selekeh seperti org gelandangan. Baru saja kakinya melangkah masuk ke kedai segera seorang mamak menghalaunya keluar. Mamak kata: “Keluar!...keluar!” Org tua kata: “saya mau teh” mamak kata: “ Hutang pun lu tarak bayar, mau teh lagi...keluar!” Org tua kata: “ saya mau teh saja....utang saya sudah bayar semalam” sambil dia mengeluarkan beberapa keping duit syiling daripada kocek bajunya yg kelihatan sangat usang. Mamak kata: “mana ada....! keluar” Org tua kata (nadanya seperti merayu): “ Sudah la...semalam....saya mau teh saja” sambil menghulurkan syiling yg ada padanya dan mungkin itulah semua duit yg dia ada. Kemudian saya lihat mamak pun menyediakan teh yg nampaknya cair sahaja tak pekat cam biasa dan letakkan dengan kasar dihadapan org tua yg duduk tak jauh drp meja saya. Kesian sungguh saya lihat org tua tu, rasa nak bawak balik rumah dan bagi makan...disebabkan hendak minum Cuma secawan teh dia diherdik dan dihina sebegitu rupa. Saya perhatikan org tua minum tehnya dengan begitu berselera sekali, mungkin hanya itulah hidangan makan malam untuknya pada hari itu...sian kat dia...
kali terakhir diubah pada: Sep 15, 2004, 20:09
Add a comment
semalam saya lagi sedih
120997 |
Dipos oleh sofeanny pada September 16, 2004, 13:23
pagi-pagi baca entry nih sedih laaaa.... semoga kita dapat belajar sesuatu dari pengalaman ni..
120977 |
Dipos oleh selendangbiru pada September 16, 2004, 11:40
|