|
Antara Genting dan Cameron
hati ini tertanya-tanya ke mana akan ku langkahkan kaki ini sama ada ke Genting Highlands atau ke Cameron Highlands? kedua2nya sejuk tapi tentulah lebih sejuk di Cameron, tapi kat Cameron tak de kasino...eh silap.....tak de roller coster cam kat Genting. ermm nanti2 lah saya fikirkan secara mendalam... bercakap pasal menda2 roller coster ni, tringat pulak pasal fun fair kalau org kampung sebut 'pampei'. walaupun dah tua, saya masih lagi teringin nak main permainan2 yg di tawarkan di pampei ni. paling saya suka nak cuba tentulah Ferris Wheel atau org kampung cakap 'buai pusing". Satu hari lepas balik memancing saya terpandang satu kawasan yg sungguh meriah dengan warna warni lampu yg begemerlapan. Saya sungguh teringin ke kawasan tersebut. lalau saya memaksa driver berhenti. Setelah melihat2, saya teringin sangat nak naik buai pusing, tapi malu sebab yg naik semuanya bebudak tak de pun org tua. tapi keinginan untuk naik buai pusing terlalu tinggi, saya tak dapat menolak godaan buai pusing. Untuk mengurangkan perasaan malu saya telah memaksa driver untuk naik sekali ke dalam buai pusing, driver menolak kerana katanya org tetua tak de naik menatang ni la, buat malu jer. tapi saya paksa jugak dia dan mengancam untuk memotong elaunnya. akhirnya driver akur dengan permintaan saya. kami pun naik buai pusing, malangnya sepanjang masa di daam buai pusing saya pejam mata saja sebab terasa ngeri...tak sangka dah semakin tua, semakin penakut pulak jadiknya. dan sepanjang masa tu jugak driver asik perli saya dan paksa saya bukak mata.
kali terakhir diubah pada: Sep 16, 2004, 0:40
Add a comment
|