|
Refill catridge
Pepagi sampai jer kat opis, pekara pertama yg saya buat ialah menukar dakwat baru ke printer saya kat bawah meja komputer ni, tak de tempat lain yg sesuai lagi nak letak, selalu la printer ni jadi magsa tendangan kaki ku yg tak tau nak diam. Mula2 saya bentang pelapik kerusi yg macam tilam kecik tu atas lantai supaya saya boleh bersila dengan nyamannya semasa membuat kerja. nasib baik tak de org lain dlm bilik ni, saya dah kunci pintu bagus punya. lagipun ari ni saya datang keje pakai jeans ngan t-shirt. senang skit buat kerja teknikal...ekekeke...macam la susah sangat. Lepas tu saya ikut arahan2 yg tertulis kat skrin komputer, satu persatu...agar proses refill berjaya. namun begitu, saya menjadi keliru, sama ada patut menanggalkan satu lapisan plastik nipis pada nozzle catridge, saya mengambil keputusan membuarkan saja plastik tersebut dan akhirnya saya berjaya. Saya teringat la, ada kawan saya tu, dia nak refill katridge jenama Canon, punya la hebat dia mengisi sehinggakan habis satu badannya berlumuran dengan dakwat hitam, lepas tu org yg duduk dekat2 ngan dia pun dapat bahananya sekali, last2 buat konvoi ke bilik air.
kali terakhir diubah pada: Sep 16, 2004, 1:23
Add a comment
|