|
Merindui Gajah
Malam tadi dalam hujan lebat terperangkap kat satu kawasan parking berdekatan satu kawasan perumahan mewah. Ditepi jalan ada satu kawasan kosong, lot rumah banglo. Kelihatan lima lembaga besar berwarna kehitaman yg berdiri jauh antara satu sama lain dalam hujan lebat yg sejuk. Mereka berada pada kawasan masing2 tanpa beralih Cuma sesekali kelihatan belalainya bergerak gerak. Terkejut jugak saya, kawasan tu jauh dari belukar apatah lagi hutan simpan, cemana boleh ada gajah lima ekor, lebih kurang sebaya pulak tu. Di sekeliling gajah kelihatan gerai2 yg baru dibuka, dah sah org Siam menyerang M’sia dengan niat nak berniaga dan seperti kata driver “gajah jadi modalnya”. Teringin rasanya saya keluar dalam hujan lebat tu dan pegi dekat2 ngan gajah, tapi hujan lebat sangat, kesian gajah berhujan. Saya pun keluarkan henpon baru saya dan nak tangkap gambar gajah , tapi hujan lebat sangat dan cuaca gelap, apa pun tak nampak yg nampak Cuma lampu2 neon sahaja. Keciwa saya. Pagi2 buta tadi selepas makan bihun goreng yg saya masak sendiri, saya segera mengarahkan driver ke tempat gajah semalam, tapi malangnya sekor gajah hatta selonggok taiknya pun saya tak nampak. Sekali lagi saya keciwa. Petang ni saya berazam memaksa driver ke tempat itu sekali lagi dengan harapan gajah akan ku temui juga.
kali terakhir diubah pada: Sep 20, 2004, 22:17
Add a comment
|