|
Bijih yg 'Hilang'
hari sabtu yg lalu saya telah pergi ke sebuah shopping complex, semasa keluar dari tempat meletak kereta driver driver memandu dengan cuai. Dia asik mengorek hidungnya. Apabila saya tegur cara pemanduannya yang merbahaya itu...dia menjawab dia mesti keluarkan ‘bijih’ yg ada itu jugak. Tiba2 dihadapan kami lalu sebuah kereta dan nyaris bertembung dgn kereta kami kerana driver tidak dapat mengawal stereng. Nasib baik tak eksiden, saya bagaitau driver supaya jangan lagi mengorek ‘bijih’ ketika memandu. Kalau eksiden tadi kami jugak yg malu, bila buat repot polis dan bagitau sebab eksiden ialah: “Memandu sambil mengorek tahi hidung”, kan ker malu besar. Oleh itu para pengguna jalan raya, kita bukan hanya tidak boleh memandu setelah minum alkohol atau memandu sambil menalipon malah kita juga di larang mengorek atau membuang najis hidung anda. Sekian, ini adalah pesanan khidmat masyarakat secara percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan.
kali terakhir diubah pada: Sep 26, 2004, 20:17
Add a comment
|