|
Hari ini saya dikelilingi oleh orang orang tua tetapi saya tidak berada di rumah org tua mahupun mana2 rumah kenangan... majoriti peserta kursuS yg saya hadiri terdiri daripada para pegawai senior yg telah lama berkhidmat di tempat masing masing.. ketika ditanya kenapa anda dipilih mengikuti kursus ini ramai peserta yg beruban menjawab kerana saya senior di tempat saya....ekeeke...saya pulak jawab...kerana dah tak de org lain (jawab dalam hati jer la). Kemengantukan saya pada tahap tertinggi terutamanya ketika penceramah mencermah betui2 selepas waktu makan. Kalaulah ada bantal disamping saya ingin saja saya pujuk rayu ia agar menemankan saya tidur dengan nyenyaknya. Peseerta yg duduk disebelah saya pula nampaknya terlalu ‘skema’ sehingga dia sentiasa menulis setiap perkataan yg keluar dr mulut penceramah, dia lansung tak nak melayan saya bersembang. Penceramahnya pula sering mengajukan soalan kepada peserta2...terutama mana2 nama yg mudah diingati...nama saya la tu, kalau saya pegi mana2 pun mesti org terpikat dengan nama saya dan akan ingat nama saya sampai mati. Kenkadang ini membawa kebaikan tetapi juga selalu membawa keburukan kerana saya sentiasa menjadi sasaran perhatian dan soalan ketika saya penat menguap serta letih mengelamun. Makan diberi sebanyak tiga kali. Makan pagi dengan kuih muih, tengahari dengan nasik segala dan sedap...serta minum petang belum lagi. Saya hanya mampu melihat jam dan menanti masa untuk makan sahaja. Kerana hanya pada masa itu saya lepas bebas untuk makan atau menalipon sahabat handai buat menghilangkan tekanan perasaan sewaktu di ceramah. Itulah saja yg sayanak cerita buat menghilangkan kebosanan saya sendiri untuk hari ini. Sememangnya saya tak suka menghadiri kursus apatah lagi mendengar ceramah.
kali terakhir diubah pada: Sep 28, 2004, 0:00
Add a comment
|