|
kemalangan lagi
semalam driver bertugas di Kulim, semasa saya tepon dia dah berada di highway dalam perjalanan pulang, tapi tak sampai2. saya tepon dia banyak kali tapi seketeri dia yg jawap: "Tiada jawapan dari Nombor yang anda panggil". sebelas kali saya tepon pun tak dapat lagi. saya ingat mesti dia hilang tepon lagi sekali, idak pun dia eksiden. macam2 saya terpikir. Sampai pukui lima pagi saya terbangun pun saya tepon jugak tapi masih jawapan daripada seketeri. Saya pun bersiap2 untuk pegi kerja, nampaknya jalan kaki lagi la makcik. semalam baru jer tukar tayar dua bijik dah kena jalan kaki ....eiii..geramnya. pukui nam pagi, driver tepon saya, katanya bateri teponnya habis, patutla bila saya call org lain yg jawab. driver kata abahnya pulak eksiden, maknya baru jer klua dr hospital sebab tulang dada ngan tangannya patah, kereta masih dalam bengkel, kali ni kereta abah dia lak eksiden selepas balik cuci kedai diorang dalam pukui seblas malam. kata driver abahnya langgar pokok sebab brek tak makan.(bukan makan nasik yer) daripada Kulim driver terus ke U.K(Ulu kelang) dan kemudian terus ke HKL dan masih di HKL katanya. Abahnya masih tak sedar lagi dan masih menjalani macam2 ujian lagi, kata driver lagi teruk jugak keadaannya. Saya pun masih menunggu berita tentang abah driver, nak melawat, kena tunggu driver balik la dulu.
kali terakhir diubah pada: Oct 4, 2004, 23:06
Add a comment
|