|
Berjumpa Mr. Cameron sekali lagi
Semalam ke Cameron Highland lagi, kali ni ikut jalan baru pulak, nyaman dan damai bila berada disana. Jalannya tak la berpusing pusing sangat cam jalan ikut Tapah. Tak pening lansung apatah lagi muntah. TApi saya asik bersin jer la, tak sempat nak nengok pemandangan sekitar yg sungguh cantik. Kami bertolak awal pagi dengan menaiki kereta adiema, sampai kat Brinchang, makan nasik sebab lapar, makan nasik ngan asam pedas ikan pari dan teh o suam. Pas tu teruskan perjalanan ke Tanah Rata, duduk kat taman jap tepi sungai, sejuknya...terpaksa ke toilet bayar 30 sen. Tak tahan sejuk duk kat tepi sungai kami pun pindah dan teruskan perjalanan naik ke atas balik dan memulakan misi penting iaitu untuk bershopping. Sebelum shopping kena makan dulu bagi kenyang supaya nafsu untyuk membeli belah berkurang. Tu yg kami makan dulu kat Brinchang tu. Adiema sibuk mencari jagung Mutiara yg dipesan oleh rakan serumahnya, mahal gak harganya, ada yg jual 4, 5 atau 6 batang seploh ringggit, mengikut saiz. Jagung ini manis walaupun dimakan mentah, warnanya ada kuning2 dan jugak putih (mutiara). Ada gak yg dijual dah masak, gemuk2 jagungnya tapi tak selera sebab dah kenyang. Paling best kalau pegi Cameron tentulah bunga terutamanya bunga Ros, tapi saya tak beli kali ni sebab dah banyak sangat bunga kering kat rumah. Saya minat ngan bunga Teluki yg ada dijual, kata penjual tu bunga tu boleh tahan 2 minggu (2 bulan ker? Tak pasti...tak ingat) kalau letak kat pasu bunga dan taruh air campur sikit gula. Sedozen dia jual Cuma RM5. tapi saya tak beli pun. Lepas tu kami singgah pulak kat tepi2 jalan, saya sibuk tangkap gambar bunga, adiema sibuk beli teh. Saya beli tomato serenget ngan kobis pun serengget jugak. Beli banyak2 pun tak guna, buat makan dik ulat jer. Lepas penat2 mebeli belah, saya pun pulang dan mendapat selesema sebagai souvenir.
kali terakhir diubah pada: Oct 10, 2004, 20:10
Add a comment
akak ni berjiwa muda...ko anggap jer la akak ni umo 24 yer...
123838 |
Dipos oleh sofeanny pada October 11, 2004, 13:06
amboih....
amboih... kemain rapat lg ngan adiema. boleh masuk ke kwn ngan orang umo 24. Ke kak sofe ni umo 24? ataupon adiema tu veteren cm akak gak... ke masing2 dh beranak pinak. kekekek!
123832 |
Dipos oleh kick pada October 11, 2004, 12:39
|