|
Kau buat ku menangis lagi
ada la sorang rakan sekerja tu, dia MC punya la lama, dekat 2 minggu, sampai jadi buah mulut boss2, masa cuti tu dia lepak kat Johor. balik jer dari cuti dia bagitau saya yg dia mengikuti perkembangan saya menerusi weblog saya. boring la tu. dia baca weblog saya sensorang, pas tu laki dia ternampak dia baca, laki dia join sekali. selepas balik cuti, kawan saya tu cakap dia ada satu kemuskilan, katanya kenapa kat weblog saya ada tertaip perkataan 1 org sedang ketawa. saya kata kat dia sesaja jer la, buat hiasan. kawan saya tu tak puas hati, dia kata cemana weblog tu bole detect masa tu dia tengah ketawa, kata dia lagi, bila lakinya baca (sambil ketawa) weblog saya, tetiba jer bertukar jadik 2 org sedang ketawa. Saya punya la ketawa sampai menangis. Tak sangka kawan saya yg belajar tinggi sampai gayat ni, bole terpedaya dengan menda2 remeh cenggitu. kesian saya tengok dia, tapi saya hanya mampu ketawa jer la, malas saya nak terangkan secara panjang lebar. sampai sekarang ni, mata saya masih basah lagi kerana menangis.
kali terakhir diubah pada: Oct 11, 2004, 1:24
Add a comment
aikkk...ko bia botoi
ko kan ker terrer, takkan ko nak tanyo soklan cenggitu kot
123872 |
Dipos oleh sofeanny pada October 11, 2004, 16:26
den...
den pon nak tanyo bondo yg samo aritu. nasib baik la den x tanyo. kalo x malu dibuek ee!
123861 |
Dipos oleh kick pada October 11, 2004, 15:37
|