|
Coklat
hari pertama puasa, saya ngan driver bercadang nak makan kat satu shopping complex ni. kitorg bertolak dekat2 nak pukui tujuh malam. kami bercadang nak makan kat satu restotan Western ni yg berada di tingkat atas. untuk sampai ke retoran tersebut kami memilih untuk naik eskalator sahaja, ditepi tangga bergerak itu ada sebuah kedai menjual coklat yg nampak sedap2 belaka, ada bentuk hati, ada bentuk bola golf, ada warna coklat, ada warna putih. waktu kami nak naik ke tangga bergerak, gadis cun berbangsa Cina yg bertugas sebagai penjual coklat telah menegur saya yg comel lalu menghulurkan sebiji talam berisi potongan2 kecil coklat yg dicucuk dengan buluh pencungkil gigi. saya pun dengan selambanya telah mengambil sepencucuk gigi coklat dan memaksa driver ambil sekali. saya pun terus memakan coklat yg sedap itu, saya sempat memberi komen: "sedap" pada penjual coklat tersebut. drive pun mengikut jejak langkah saya memakan coklat tersebut. malah selepas coklat habis dimakan driver masih lagi menggigit batang pencungkil gigi kerana terlalu sedap. kami lantas menaiki tangga bergerak untuk ke restoran.sewaktu di atas tangga bergerak saya terasa ada sesuatu yg tak kena pada driver kerana dia kelihatan sangat gembira menggigit pencungkil gigi. pada ketika itu baru saya teringat pada ketika itu kami sedang berpuasa, saya pun cepat2 memberitahu driver agar membuang buluh yg digigitnya itu. selepas itu kami berdua ketawa sepuas hati kerana malu...... sewaktu tiba di restoran saya masih malu2 utk makan kerana teringat peristiwa di eskalator, walaupun ketika itu sudah masuk waktu berbuka puasa.....
kali terakhir diubah pada: Oct 17, 2004, 19:41
Add a comment
|