|
de beri the glamer MY Samy
masa saya turun bukit dr Cameron, saya bercerita cerita dengan driver tentang berita yg saya tonton dipagi hari. sungguh kelakar. "Rakyat m'sia tarak suka SV, Tuhan tarak suka SV, Hantu pun tarak suka sama SV" (sekadar menaip...yg penuh2nya tak ingat) selepas dengar menteri yg tengah sangat glamer tu berucap, saya gelak terkekeh kekeh sensorang diri. glamer betui dia sekarang ni. saya teringat soklan masa temuduga tu, saya siap diancam oleh penemuduga untuk td di beri markah kerana tak dapat menjawab soklan berkaitan MRR2, nasib baik saya dapat jawatan tu, kalau tidak sekarang ni pun saya masih marah kat SV. driver memberikan pendapatnya berkaitan soal SV sekarang ni, pasal runtuh2, CF tak dapat, itu ini dan macam2. driver nampaknya macam berpihak kepada SV. sebagai seorang mantan kontraktor yg terpaksa bersara dan menjawat jawatan sebagai driver, saya pikir ada perlunya saya mendengar pendapat driver. kata driver, org yg tak terlibat dalam sektor pembinaan ni, dia tak tau bertapa susahnya membuat semua kerja2 tu. diaorang tahu komen jer. bencana alam merupakan salah satu sebab antara banyak2 sebab yg membuatkan satu2 projek tu kurang berjaya. sambil menunjukkan teres2 yg ada ditepi bukit jalan ke Cameron highland tu driver meneruskan lagi pendapatnya yg kedengarannya sangat bernas.driver kata: "Dulu saya buat ni" sambil menunjukkan teres2 dibukit2 tersebut. Saya pun memandang driver dengan penuh curiga, kerana setahu saya driver tak pernah buat kerja2 di sekitar negeri Pahang atau Perak, sejak bila pulak dia kerja ngan MTD? driver pun memandang saya kembali dan bagitau saya pembetulan ayatnya, katanya dia buat cenggini (buat teres tu la) bukannya buat kat sini. laaa...penat jer saya berpikir2 nanti, ingat nak mintak duit sikit dan tanya mana duitnya yg dia dapat sebab dia dah berjaya menjayakan pembinaan jalan Cameron hilen tu.
kali terakhir diubah pada: Oct 21, 2004, 0:42
Add a comment
|