|
Tersepit di dahan manggis
Baru2 ni saya gi kebun abah saya, abah saya suruh saya petik buah manggis, katanya dah hitam sebab tak de siapa amik. Saya dan adik lelaki saya pun memulakan misi ke kebun, saya dengan berkain batik tetapi memakai ‘seluar khas memanjat pokok’ di dalam (macam penari Hindustan), manakala adik saya memakai 2 helai seluar pendek dan panjang khas untuk tugasan memanjat pokok manggis. Sampai di kebun, punya la banyak nyamuk sebab hari mendung dan lembab, sekarangkan musim hujan. Di kebun abah saya ada dua batang pokok manggis yg rendang tetapi berbuah. Lebat sungguh buahnya. Masih banyak yg hijau dan berwarna ungu, tadi abah saya kata dah warna hitam....nampaknya abah saya tidak menipu, nun dekat2 dengan pucuk2 pohon manggis memang ada buah yg berwarna hitam, isinya pun dah tak de dah di makan tupai.. Saya memilih untuk memanjat pokok yg disebelah kiri kerana nampaknya lebih banyak dahan dan dahan pertama nya agak rendah senang la saya memulakan langkah memanjat. Saya pun mula memanjat dan memetik manggis dengan tangan, lepas tu tak sampai dah, saya suruh adik saya hulurkan ranting pokok yg telah disediakan awal2 oleh abah saya untuk memetik manggis. Selepas itu adik saya pun memanjat pokok yg disebelah kanan, ketika itu saya pun turun ke tanah dan adik saya suruh saya kutip buah2 yg dipetiknya, nyamuk punya la banyak....seluruh badan kena gigit, nasib baik saya bawak kain batik, saya gunakan kain batik sebagai pelibas nyamuk. Rupa2nya kerja mengutip lebih tak best dari memanjat. Saya pun mula mengutip buah2 manggis yg jatuh, adik saya minta saya hulurkan pulak ranting kat dia, nampaknya hasil petikannya lebih banyak daripada saya, namun kebanyakan buah yg dipetiknya sudah dimakan tupai, terpaksalah saya mebuangnya. Setelah habis memetik buah manggis, adik saya pun bersedia untuk turun dari pokok, tiba2 saya dengar dia menjerit memanggil nama saya, saya pun tanya kenapa, dia kata dia tersepit kat dahan pokok manggis, saya cakap kat dia kenapa mintak tolong kat saya, bukannya saya bole tolong pun(badan adik saya lebih besar 2X dari saya), takkan saya kena jolok dia bagi jatuh kut, adik saya masih tak dapat keluar dari sepitan dahan, akhirnya saya arahkan adik saya pusing badannya ke arah lain, nasib baik berjaya, kalau tidak kena panggil bomba untuk turunkan dia, buat malu jer...ekekekeke Sewaktu nak pulang, adik saya memasukkan buah manggis dalam plastik yg dibawanya sambil saya bertugas menghalau nyamuk, nmun beg palstik tersebut telah koyak sewaktu diangkat, kain batik kemudiannya digunakan untuk membungkus buah manggis...kalau tak de rotan akar pun berguna (cikgu saya selalu cakap kalau nak buat karangan kena masukkan peribahasa ) Masa buka puasa, manggis dimakan dan rasanya masam kerana musim hujan, saya bawak balik ke rumah saya dan bagi kat driver....(kalau manis tak bagi...de)
kali terakhir diubah pada: Oct 24, 2004, 19:27
Add a comment
|