|
Rendang ayam
Semalam pagi2 buta lepas gi scan kad, saya segera bertolak ke pasar basah, saya membeli seikat serai dan seikat daun kunyit serta sebungkus tepung beras, selepas itu saya segera pulang ke rumah semula dan menghantar barang2 yg telah saya beli ke rumah saya. kemudian, saya terus bertolak ke opis semula. setelah itu saya bekerja seperti biasa. tak lama selepas itu, kira2 waktu yg tepat apabila shoping2 komplex membuka pintu masing2, saya pun bertolak ke sana, ramai sungguh org membeli belah, saya cuma mencelah. selepas itu saya pulang semula ke opis dan duduk2 dan sembang2, lepas itu saya pun pulang ke rumah. sampai dirumah saya meracik2 serai, halia, bawang merah dan bawang putih (bukan yg adik beradik tu yer) sambil menonton cerita Tamil di TV9. sesudah itu saya masukkan ke dalam lesung batu dan mula menumbuknya tetapi tiba2 saya terasa penat lalu saya segera mencari blender dan mula mengisarnya (sbb saya malas). kemudian saya pun mula memasak rendang ayam (malas nak cerita panjang2 baca jer la kat mana2 website resepi yer, kat weblog sofe masak2 pun ada). selepas itu saya makan sendiri...ermmm..sedap...sebab dibuat mengikut selera saya. Kemudian saya bagi driver makan rendang yang saya buat, driver pun kata sedap. dia kata macam ni la buat rendang, sebenarnya saya tak masukkan kerisik pun kat rendang saya sebab terlupa beli masa pegi pasar. saya cakap kat driver, saya memang pandai buat rendang ayam sejak darjah satu (mengelentong untuk berlagak), driver ketawa dan kata saya eksen. pada hari semalam juga saya ada juga membakar kek coklat resepi rahsia saya. driver pun sibuk nak makan juga, dia kata kek saya tak naik, tapi sebenarnya driver tak reti nak menilai kek, kalau kek coklat lembab memang la tak gebu macam kek span...apa la....tapi driver kata kek saya sedap saaaangattttt! saya memang pantas mebuat kek, tak sampai setengah jam adunan kek saya akan siap untuk dibakar, driver saya kagum dengan kecekapan saya itu, dia pun ingin mencuba tetapi dia gagal, kek yg diadunnya menjadi bantat (tak naik cun). inilah karangan saya untuk pagi ini, penuh dengan puji pujian untuk diri sendiri, karangan ini sesuai apabila saya dan anda mempromosi diri semasa memohon tender kantin atau katering.
kali terakhir diubah pada: Oct 26, 2004, 18:18
Add a comment
|