|
Hari Raya Darjah satu
Semasa di darjah satu, saya jadik penolong ketua darjah (hingga darjah empat). Pelajar2 di kelas saya kebanyakannya (kelas corot) tak berapa pandai seperti yg saya ceritakan sebelum ini, dengan itu serta merta saya diangkat sebagai bintang di kelas kerana pandai sedikit daripada budak2 yg terencat (bukan menghina tapi kenyataan, kalau ada time machine, anda semua bole lihat). Semasa darjah satu, ada seorang budak lelaki bagi saya kad raya, budak pompuan sorang pun tanak bagi saya kad raya. Diorang jeles ngan saya sebab cikgu Arip sayang kat saya. Tapi bila buat kerja rumah dengan tak malu dan segan datang tanya saya apakah jawapannya. Saya pun tanak bagitau diorang jawapan kerja sekolah itu sebab saya sakit hati. Budak2 pompuan yg sakit hati telah menggosipkan saya dengan budak pemberi kad raya. Saya marah2 sebab budak pemberi kad raya tu tak hensem lagipun saya tak suka bercinta sewaktu dibangku sekolah seawal darjah satu alias 6 tahun setengah. Selepas saya tidak melayan gossippan mereka itu, mereka telah menggosipkan saya pula dengan seorang budak yg sangat obes di sekolah saya. Budak itu datang dengan botol susu sewaktu hari pertama persekolahan. Saya marah2 juga kerana budak itu sangat obes dan tak hensem juga. Lepas itu ada seorang budak baru datang ke sekolah saya, seorang budak pompuan...pandai skit drp rakan2 sekelas saya, dia jadi pesaing saya. Dia tak puas hati. Dia telah menghasut kroni2 saya agar mengkhianati saya. Satu hari dia bawak pisau dan ajak kawan2 dia untuk pukul saya, saya berasa sangat sedih dan menangis. Hidup saya terseksa semenjak kedatangan dia. Tak lama selepas itu, bapak budak pompuan jahat itu telah bertukar keja lagi, dia pun tukar sekolah jugak, tak lama selepas itu saya dapat surat daripada budak jahat itu, dia nak bersahabat pena la pulak dengan saya, saya menyampah. Rasa saya lah dia terpaksa bersahabat pena ngan saya sebab bebudak kelas saya yg lain banyak yg tak reti membaca dan menulis. Pada hari raya tahun itu saya telah terpaksa beraya ke rumah budak jahat itu, saya merasa sungguh menyampah dan rasa nak tumbuk muka dia, tapi mak saya cakap bapak dia pernah selamatkan saya sewaktu saya nyaris2 dilanggar kereta masa saya kecik dulu. Itulah cerita saya, saya tak tipu, pada zaman saya, budak2 lebih matang daripada budak2 sekarang yg cenonet.
kali terakhir diubah pada: Oct 27, 2004, 19:33
Add a comment
|