|
Makan2 cari Jalan pulang
Malam tadi pegi lagi dengan adiema dan kawan serumahnya berjalan jalan dan makan2. Kami bercadang nak makan kat Black Canyon Cofee, selepas dibagi menu dan oder2 makanan, saya dan adiema pegi jenjalan dan tinggalkan kawan adiema kat meja. bila sudah penat jenjalan kami datang semula ke meja, cuma ada jus sahaja, makannya tak de, kawan yg menunggu nampaknya sedih sebab makanan tak de, org sebelah meja yg datang lambat drp kami dah mula makan, kawan pun nampak jeles. lepas tu org yg sebelah meja kiri pulak dapat makanan,kami cuma dapat minum. tunggu punya tunggu punya tunggu makanan pun sampai...ermmmm....tak sedap kata kawan yg tunggu, ermm..pedasnya kata sofe, ermmm..banyaknya kata adiema. kami pun makan dan makan. pas tu siap rasa2 lagi makan org lain sebab kami order berlainan set. sambil makan sambil mengata. pelayan tengok2 dan jeling, saya pun ketepikan pinggan, kata pelayan" It is tooooo spicy", saya cakap yer sangat pedas dan nak cakap lagi tak sedap rasa cam megi jer, tapi kesian tengok muka dia lagipun bukan dia yg masak... lepas makan jalan2 lagi, saya nak tambah barangan buat biskut raya, saya pun ambil troli, malangnya baru sepelaung troli ditolak tiba2 alam memanggil, saya pun ke tempat septutnya, adiema dan kawan hilang tanpa jejak. saya carik dan carik tak jumpa, bagi sms..ohhh ada dibahagian Pampers rupanya. Jalan2 lagi, adiema pilih2 baju sepuluh helai, beli tak de helai, penat jer saya jawab cantik la. itu la, ini la...tapi tak beli pun. itulah cerita jenjalan saya
kali terakhir diubah pada: Oct 27, 2004, 21:12
Add a comment
|