|
Jalan lagi
Demam bonus bagi kakitangan kerajaan berjangkit kat saya, hari2 pegi shopping, tghari tadi pegi shopping lagi, sekarang ni tgh kado kerja. (bonus saya bulan 12 kut) tghari tadi jenjalan penat, wooo, dahaga tak terkata, saya nampak tembikai sekilo lima posen saya pun cepat2 ambil dan pegi timbang dan masuk dalam troli. lepas tu pegi beli tepung dan macam2 lagi, lepas tu rasa nak pengsan sebab penat sangat. selepas shopping balik rumah dan tido, selepas tido pegi balik opis dan sambung taip weblog (bukannya buat kerja). keje semua dah siap kengkununnya la. semalam masa boss2 meeting nama saya naik sebab tak siap checking satu keja ni. sebenarnya saya dah cuba buat pada hari pertama memo dikeluarkan, namun begitu dokumen yg hendak diperiksa pun tak siap lagi, saya pun apa lagi blah la, saya tak salah, org yg keluarkan memo la yg salah, lain kali pastikan keja awak siap dulu barula suruh org buat keje pulak. Boss kedua besar pagi2 lagi dah jumpa saya, katanya saya tak buat keja, tapi saya tau dia tak pecaya sebab saya dan geng2 pompuan kat opis ni ni jenjarang tak buat keje...ekekekeke (perasan skit lagi). saya pun apa lagi, menggunakan kesempatan tersebut untuk mengadu alias membodek, rasa2nya dia terpedaya. pada hari ini saya masih menunggu pihak yg bertanggungjawab untuk menghubungi saya agar kerja ini bole selesai. saya nak jual mahal skit, kerja terlebih rajin pun bukan boleh dapat anugerah pun tapi dapat beban kerja yg lebih dari org lain. buat kerja berpada-pada, buat masalah jangan sekali (buat banyak kali ler).
kali terakhir diubah pada: Oct 28, 2004, 3:11
Add a comment
|