|
di buru pemuda misteri (lagi....)
Selepas sahaja mengeluarkan duit dari bank, saya pun balik ke rumah dan menyuruh driver anta saya kat bus stand terdekat kerana saya perlu ke bank lain pula dengan kadar segera kerana itu adalah hari terakhir membayar kad kredit. Saya pun naik bas dan pegi ke tempat di mana bank2 terbina dan membayar hutang tertangguh. Sungguh la ramai manusia juga di sini, beratur panjang, nasib baik pakai mesin kalau pakai orang, kena bayar denda la nampaknya sebab bank dah tutup. Selepas meronda-ronda di bank saya bergegas ke shopping kompleks pulak, sesaja jer, jenjalan, lepas tu pegi ke sebuah stokis untuk membayar yuran keahlian. Semasa sedang berjalan-jalan saya ternampak sebuah kedai binatang peliharaan, bukannya lembu atau kambing tapi binatang peliharaan di rumah. Dihadapan kedai ada ditayangkan seekoe kucing Parsi yg berbulu tebal dan panjang, bertahap dewasa. Namapak sangat kotor tetapi manja harganya RM850, tiba2 toke kedai datang dekat saya, dia kata : “ Mau kucing ka?” Saya sekadar beralasan berkata: “Mahal sangat la!” Toke kata: “Murah punya pun ada” sambil mengajak saya masuk lebih jauh ke dalam kedai. Ada anak kucing yg sangat comel berharga seperti tertera di tandaharganya RM350. la....saya ingatkan murah tu RM3.50 ke nak la saya beli, kalau RM350 tanak la saya..... Lepas tu saya pun blah ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumah. Sedang saya terleka menunggu bas, tiba-tiba........tiba-tiba...lengan belah kanan saya dipegang orang, ak ena saper pulak yg kurang makan, tetiba jer main2 pegang tangan orang ni....(saya cakap dalam ati) Saya pun menoleh ke kanan, macam pernah ku lihat orang yg kurang makan ini....’dia’ pun tersengih...tetiba dia berkata: “Bagi nombor tepon (2X)” Saya pun menjawab: “ Tak de, tak de nombor tepon” Rupa2nya dia dalah pemuda yg tak sudah2 mengacau saya, daripada kat stesen bas, dalam bas dan sekarang kat tempat menunggu bas. Rasanya lepas ni saya tak leh nak naik bas dah. Idak pun kena upah sorang pengawal peribadi. Pemuda misteri ni asik mengacau saya jer, sebelum ni saya penah cerita kat weblog pasal dia ni, ingatkan dia dah lupa kat saya, tapi dia masih memburu saya, saya tak kenal pun siapa nama pemuda misteri ni. Selepas itu saya melompat naik ke sebuah bas yg berhenti di hadapan saya, saya segera menalipon driver untuk membuat laporan dan menyalahkan dia sebab tak hantar saya ke bank. Tiba2 bas berhenti kerana lampu merah dihadapan. Saya pandang ke tingkap, saya nampak muka pemuda misteri menyengih di atas motor sebelah bas. Muka saya pucat sebab terkejut. Pemuda misteri ni dah jadi pemuda sewel, dia ikut bas yang saya naiki, semasa turun dari bas saya terpaksa menyorok di belakang tiang2 sebuah bangunan, nasib baik tiang2 tu cukup besar untuk menyelindungkan saya. Saya nampak pemuda sewel naik motor sambil mencari2. Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu, pada hari Ahad dan Isnin saya tak berani klua rumah, takut dia tunguu.......ekekekekeke. (tetiba jer saya rasa cam artis yg dikejar paparazzi)
kali terakhir diubah pada: Nov 1, 2004, 19:36
Add a comment
|