|
Belagaknya saya
Hari in saya dengan belagaknya pegi kerja dengan menaiki MERCEDES berwarna maroon. Namun begitu saya agak malu kerana kereta itu dipenuhi dengan tahi burung di bahagian hadapannya. Penunggang2 motosikal asik memandang di bahagian hadapan kereta tersebut membuatkan saya malu kerana menaiki kereta yg tidak dijaga kebersihannya. Selalunya (setiap hari, kalau driver tak kena tugas luar) saya menaiki kereta sport putih 2.0 buatan Jepun (syarikat yg punya ) yang dikatakan driver sebagai kereta tin sardin, ini kerana badan kereta tersebut cepat kemik kalau terkena beban yg besar. Tidak saya sangka rupanya kereta sadin tersebut lebih selesa tempat duduknya berbanding Merc tersebut. Biarlah saya berterus terang, sebenarnya kereta Merc itu ditukar pinjam antara driver dengan kawannya, tidak bermakna kereta itu adalah kereta raya. Saya masih belum cukup tua dan mampu (kaya ) untuk menaiki Merc setiap hari ke tempat kerja. Disebabkan org selalu kata kereta Merc hanya sesuai untuk org tua, jadi saya bercita2 memiliki sebuah BMW (bukan bas mini wilayah) pada satu hari nanti. Diharap wakil syarikat AUTO BAVARIA ada terbaca taip pan saya hari ini dan sudi mereliasasikan impian saya itu sebelum hari raya menjelang....ekekekekke
kali terakhir diubah pada: Nov 4, 2004, 17:29
Add a comment
biase ler, ngidam nak blagak kat org kampung...balik beraya naik kete baru...ekekekeke
127438 |
Dipos oleh sofeanny pada November 8, 2004, 7:56
heeh lain mcm plak ngidam menjelang raya ni hehe
127188 |
Dipos oleh zz pada November 5, 2004, 14:56
|