|
Bertemu kembali
dah abih cuti raya....kerja pun banyak yg tak siap. raya tahun ni biasa-biasa saja. cam biasa saya duduk rumah sajer, tak pegi memana, raya ketiga balik rumah sendiri. peh tu demam, selesema dan sekarang batuk.... duit raya seringgit pun tak dapat, cuma dapat cincin emas sebentuk jer. bagi duit raya ada la sikit2, tak banyak sebab kedekut lagipun tak dapat gaji cam diorang tu pada lapan hari bulan, saya lum dapat gaji lagi. malam raya pertama buat barbe-q dengan adik beradik, kengkonon nak buat kat luar rumah, hujan lebat petir berdentum, last2 abah saya kata buat jer dalam rumah, saya cakap nanti mak marah, abah kata biarkan lah...inikan rumah abah jugak...berbarbe-q lah kami malam itu di dalam rumah. macam2 dibakar termasuklah ayam, itik, lembu, frankfurter dan sebagainya, tetiba ahli keluarga semua teringin membuat kunjungan hormat ke rumah bapak sedara saya adik kepada abah saya, tinggal le saya seorang diri dan ditugaskan membakar apa2 yg ada belum dibakar. ketika itu arang sudah cukup cantik naik baranya, saya bakarkan semua yg telah tersedia, semua pun masak ranum, kemudian saya bukak peti ais amik apa yg ada, curah sikit sos barbe-q dan bakar, semua siap masak sampai tak de menda dalam peti ais, diorang tak balik jugak lagi... saya nampak pisang, saya pun bakar pisang, saya nampak ketupat palas, saya bakar ketupat palas, lepas tu saya carik2 lagi apa2 yg bole di barbe-q..semua dah tak de.. tiba2 saya ternampak telur, lalu saya pun meletakkannya di atas pemanggang, tak lama selepas itu...rombongan pun pulang dan disambut oleh letusan daripada telur yg dibakar...namun begitu masih ada yg tinggal, lebihan telur bakar dimakan oleh anak sedara saya yg berambut kerinting (yg lain semua rambut lurus). p/s: mak sedara saya bagitau kalau nak anak rambut kerinting, sila makan kerang ker, siput sedut ker, udang ker atau mana2 kerangan laut yg edible. p/s2: telur yg dibakar diatas arang yg membara bisa meletus, jauhkan muka anda dari tempat pemanggang
kali terakhir diubah pada: Nov 21, 2004, 18:16
Add a comment
|